Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Happy Father's Day to all fathers out there, especially to my lovely hubby Wan Firdaus. Thank you for being a great father to Wan Batrisyia Waheeda & Wan Batrisyia Shaheera, a great hubby, my best friend forever & my great lover.
Saat-saat ini teringat dengan arwah ayah saya yang telah meninggalkan kami sekeluarga hampir 19 tahun dahulu.
Dia meninggal ketika mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Dia begitu amanah sehingga saat akhir masih memegang erat petibesi untuk tidak diserahkan kepada perompak yang sedang merompak sebuah bank. Mungkin berkat rezeki hasil dari sifat jujur dan amanah arwah, kami adik beradik berjaya dalam akademik dan kehidupan sekarang.
Banyak kenangan yang masih tidak boleh dilupakan semasa zaman kecil dengan arwah, antaranya:
1.  Dukung saya sewaktu pulang dari sekolah kerana tak larat jalan kaki hampir setengah kilometer untuk ke hentian bas, masa tu rasa penat sangat nak jalan kaki jauh-jauh.
2.  Dukung naik dari tingkat bawah ke tingkat atas kerana tertidur depan TV, sampai darjah 4, kadang-kadang memang sengaja tidur sebab malas nak naik tangga.
3.  Basuhkan kasut sekolah sampai darjah 6, sebab saya tak larat nak basuh kasut sekolah, rasa macam berat sangat kerja tu masa tu.
4.  Belikan segala ubat dan vitamin untuk gemukkan badan saya, sebab saya kurus sangat, dia takut saya tak cukup zat. Pantang ada nampak iklan dalam suratkhabar atau TV, mesti dia tunjuk pada saya yang dia nak belikan.
5.  Belikan satay bila malam minggu, sebab dia tau saya suka makan satay. Bila saya dah tertidur, dia kejutkan takut saya terlepas nak makan satay.
6.  Tunggu saya kat bus stop bila saya balik kerja malam-malam, takut saya diganggu.
Banyak lagi kenangan yang masih terpahat dalam ingatan. Al-Fatihah untuk ayahku tercinta.

No comments:

Post a Comment