Monday, December 12, 2011

Ada Apa di Restoran Steamboat MAEPS di Serdang?

Ini saya copy dari blog Ben Ashaari.


JIKA anda ingin menikmati stimbot atau makanan cita rasa masakan ala kampung dan ikan bakar, Restoran @ Maeps di Serdang, antara pilihan tepat yang dapat memenuhi selera.
Kepuasan menikmati hidangan di situ membuatkan anda pasti berasa berbaloi. Restoran Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS, MARDI) yang berhampiran Hospital Serdang Putrajaya, UPM dan IOI Resort itu bukan saja menyajikan hidangan yang menambat selera tetapi juga menjanjikan persekitaran selesa dan nyaman yang menenangkan jiwa.

Jika pada waktu siangnya, pengunjung berpeluang menatap persekitaran menghijau yang menyejukkan pandangan mata, sebelah malam pula bolehlah menikmati bunyi-bunyian unggas, mendamaikan perasaan. Suasana seperti itu mungkin tidak boleh dikecapi di kebanyakan tempat menjamu selera dan itulah antara keistimewaan serta keunikan restoran berkenaan yang juga jauh terpinggir dari hiruk pikuk ibu kota.

Bersulam dengan keenakan hidangan tradisional dan stimbot yang mengecurkan air liur serta persekitaran menarik, pastinya selera semakin bertambah dan tidak puas ingin mencuba apa saja makanan berada di depan mata.

Semua hidangan enak di restoran itu disediakan oleh Hjh Maznah Food Industry Sdn yang berpengalaman cukup luas dalam industri makanan, termasuk sebagai pengeluar dan pengedar makanan sejuk beku, operator kantin dan perunding makanan dan majlis makanan.

Restoran itu kini diterajui anak pengasas syarikat itu, Firdaus Omar yang juga berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang penyediaan dan penyajian makanan. Malah, Firdaus adalah bekas jurumasak berpengalaman selama 25 tahun yang pernah berkhidmat di hotel bertaraf lima bintang sama ada di dalam dan di luar negara.

Restoran itu tiada masalah untuk menerima kedatangan ramai pelanggan kerana keluasannya boleh menampung sehingga 500 pelanggan pada setiap masa. Untuk kemudahan pelanggan, tempat letak kereta percuma dan luas turut disediakan.

Pilihan tom yam dan sup berempah yang disajikan amat berperisa dan sememangnya cukup berselera dinikmati ketika panas. Justeru, setiap kali ingin berkunjung ke restoran itu pastikan perut kosong supaya hidangan di depan mata boleh dimakan sepuas-puasnya dan tidak hanya dipandang saja.

Pilihan makanan laut yang ditawarkan juga ada pelbagai termasuk, ketam, kupang, udang, kerang dan sotong manakala untuk bertukar selera dan melengkapkan lagi khasiat makanan diambil pengunjung juga boleh memilih bebola ikan atau sotong, daging dan mengambil pelbagai jenis sayur-sayuran disediakan.

Hidangan stimbot di restoran itu boleh dinikmati bermula jam 5 petang hingga 10.30 malam , sarapan pagi dari 7 pagi hingga 11 pagi manakala untuk makan tengahari, ia bermula dari jam 12 tengah hari hingga 3.00 petang diikuti ala-carte western dan local dari pukul 3 petang hingga 6 petang.

Sesuai dengan cita rasa kampung, untuk pembuka selera disediakan ulam- ulaman seperti kerabu pucuk paku kelapa cili, jelatah timun nanas, kerabu perut bebawang dan tidak ketinggalan penyedap selera seperti cencaluk, sambal mangga muda, budu, kicap cili dan pedas.

Hidangan utama pula merangkumi, ayam masak cili api ulam pegaga, paru rendang masak pedas Pak Ali, gulai ikan masin terung tumis darat, singgang ikan patin, solok lada, udang sambal petai sira bawang, ikan kela muda cili Rica, daging salai lemak rebung muda, rendang ekor sapi daun pegaga, pucuk manik lemak keledek, mee kari ipoh ,satay, ayam kampong, burung puyuh, ikan bakar dan banyak lagi.

Pemanis mulut dan minuman juga tidak kurang hebat seperti kacang merah, rencah jagung manis, aneka sagu, pudding roti dan air jus kurma, sirap selasih, dan lain-lain lagi.

Katanya, dengan persekitaran yang menarik dan cukup peribadi restoran itu juga sesuai dijadikan lokasi untuk mengadakan pelbagai acara atau majlis seperti meraikan hari jadi, perkahwinan, acara dan sebagainya. Untuk tempahan boleh hubungi 012 3131 091 atau themaepsrestaurant@hotmail.com


BUFFET STEAMBOAT DENGAN 150 JENIS HIDANGAN BUFFET
PADA HARGA RM 19.90 NETT SAHAJA

BUFFET LUNCH DENGAN 70 JENIS HIDANGAN BUFFET
PADA HARGA RM 15.00 NETT SAHAJA

MINUMAN PERCUMA

- RESTORAN LUAS YANG BOLEH MENAMPUNG 500 ORANG.
- KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KERETA.
- SEMUA HIDANGAN DITANGGUNG HALAL.
- KEMUDAHAN SURAU.

Untuk sebarang pertanyaan, pesanan dan food tasting
sila hubungi kami di talian 012-3131091.

Kami juga mengambil tempahan untuk kumpulan dan
untuk majlis keramaian.


MAKANAN DISEDIAKAN OLEH
Hjh Maznah Food Industry Sdn Bhd


A) From Kuala Lumpur or Seremban (Using PLUS North South Expressway)

01. Take the PLUS North South Expressway (KL to/ from JB), then exit at Kajang Toll Plaza. (EXIT 210).

02. After Kajang Toll Plaza, KEEP RIGHT and GO UP the flyover proceeding towards Putrajaya/Cyberjaya.

03. Then head towards Puchong/Serdang Hospital.

04. DO NOT turn into Putrajaya.

05. Keep lookout for Serdang Hospital Signboard on the LEFT.

06. Take LEFT exit to Serdang Hospital by GOING UP the flyover.

07. Bypass Serdang Hospital (which is on the right) and proceed straight for about 800m until reaching the 2nd Traffic Light.

08. Turn RIGHT at the traffic light and proceed straight for about 1km.


09. Turn LEFT at PINTU 1 (Entrance 1) into MARDI, MAEPS.


B) From Puchong (Starting Point opposite Puchong IOI Mall)

1. Starting Point on LDP Expressway (Lebuhraya Damansara Puchong) with Puchong IOI Mall on the RIGHT.

2. Drive straight on LDP towards Putrajaya/Cyberjaya bypassing Puchong Tesco (which is on the RIGHT).

3. Bypass Puteri Puchong (which is on the LEFT) and take the RIGHT BEND about 800m ahead.

4. Turn LEFT heading to Seremban/Kajang immediately AFTER the right bend.

5. Continue to travel straight on LDP for about 5km until you reach Puchong Selatan Toll Plaza.

6. After the Puchong Selatan Toll Plaza, continue to travel straight on LDP for about 2.5km.

7. Then exit LEFT heading to Seremban/Kajang/IOI Resort.

8. Travel straight on the SKVE (South Klang Valley Expressway) for about 6km heading to Kajang/Sg. Long/Cheras.

9. DO NOT turn into Putrajaya.

10. Lookout for Serdang Hospital and IOI Resort Signboards on the LEFT.

11. Exit LEFT immediately at the Serdang Hospital Signboard.

12. Proceed straight for about 100m until reaching a Traffic Light.

13. Turn LEFT at the traffic light and proceed straight for about 1km.

14. Turn LEFT at PINTU 1 (Entrance 1) into MARDI, MAEPS.

Buffet Steamboat di restoran steamboat MAEPS @ Serdang

Sempena harijadi mak saya yang tersayang, kami adik beradik berpakat untuk menyambut harijadi sambil makan-makan steamboat di sebuah restoran di MAEPS, Serdang. Setelah survey dibuat oleh kami adik beradik akhirnya dicadangkan oleh seorang adik tercinta Lina di restoran yang terletak di dalam kawasan MAEPS (Malaysian Agricultural Expo Park Serdang). 
Restoran ini sebenarnya terletak dalam kawasan expo MAHA, dan pagi Sabtu tertentu ada pasar tani FAMA kat sini.  Berdekatan dengan Hospital Serdang dan juga dikenali dengan nama Taman Ekspo Pertanian.  Sebelah restoran ini terdapat dewan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Mula-mula nak cari tempat agak confuse jugak, sebab ada takde sebarang signboard yang menyatakan arah ke situ.  Harap dari panggilan telefon yang cakap, jalan terus, terus sampai hujung, puas tanya orang.  Nasib baik sampai siang, boleh le nampak lagi bangunan2 dan landmark yang disebutkan.









Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day

What Makes a Dad
God took the strength of a mountain,
The majesty of a tree,
The warmth of a summer sun,
The calm of a quiet sea,
The generous soul of nature,
The comforting arm of night,
The wisdom of the ages,
The power of the eagle’s flight,
The joy of a morning in spring,
The faith of a mustard seed,
The patience of eternity,
The depth of a family need,
Then God combined these qualities,
When there was nothing more to add,
He knew His masterpiece was complete,
And so,
He called it … Dad

~~Author Unknown~~

Selamat Hari Bapa

Happy Father's Day to all fathers out there, especially to my lovely hubby Wan Firdaus. Thank you for being a great father to Wan Batrisyia Waheeda & Wan Batrisyia Shaheera, a great hubby, my best friend forever & my great lover.
Saat-saat ini teringat dengan arwah ayah saya yang telah meninggalkan kami sekeluarga hampir 19 tahun dahulu.
Dia meninggal ketika mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Dia begitu amanah sehingga saat akhir masih memegang erat petibesi untuk tidak diserahkan kepada perompak yang sedang merompak sebuah bank. Mungkin berkat rezeki hasil dari sifat jujur dan amanah arwah, kami adik beradik berjaya dalam akademik dan kehidupan sekarang.
Banyak kenangan yang masih tidak boleh dilupakan semasa zaman kecil dengan arwah, antaranya:
1.  Dukung saya sewaktu pulang dari sekolah kerana tak larat jalan kaki hampir setengah kilometer untuk ke hentian bas, masa tu rasa penat sangat nak jalan kaki jauh-jauh.
2.  Dukung naik dari tingkat bawah ke tingkat atas kerana tertidur depan TV, sampai darjah 4, kadang-kadang memang sengaja tidur sebab malas nak naik tangga.
3.  Basuhkan kasut sekolah sampai darjah 6, sebab saya tak larat nak basuh kasut sekolah, rasa macam berat sangat kerja tu masa tu.
4.  Belikan segala ubat dan vitamin untuk gemukkan badan saya, sebab saya kurus sangat, dia takut saya tak cukup zat. Pantang ada nampak iklan dalam suratkhabar atau TV, mesti dia tunjuk pada saya yang dia nak belikan.
5.  Belikan satay bila malam minggu, sebab dia tau saya suka makan satay. Bila saya dah tertidur, dia kejutkan takut saya terlepas nak makan satay.
6.  Tunggu saya kat bus stop bila saya balik kerja malam-malam, takut saya diganggu.
Banyak lagi kenangan yang masih terpahat dalam ingatan. Al-Fatihah untuk ayahku tercinta.

Saturday, June 18, 2011

Surat Bantahan Drama Nora Elena

Surat bantahan dari penonton yang tak puashati dengan drama Nora Elena, lawak giler, tapi gurau je, Aaron Aziz pun dah baca surat ni.


Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??

Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..
Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit.
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"

"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana.

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan 
Putrajaya

Demam Nora Elena

Cerita drama Nora Elena sudah pun berakhir setelah disiarkan selama 24 episod. Cerita ini adaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha, tapi 80% sahaja katanya.
Sebenarnya tak mengikuti sangat cerita selama bersiri memandangkan sampai rumah pun dah lebih pukul 8 malam, selalunya tengok kat kedai makan yang selalu kami sekeluarga singgah sebelum sampai ke rumah. Tapi yang last episod memang ditunggu-tunggu.
Sebenarnya bila tengok cerita ni rasa ada kena-mengena dengan diri sendiri, rasa 'touching' dengan beberapa skrip/perkataan dalam drama ini, yang pernah saya dengar mahupun diucapkan oleh beberapa insan dalam hidup saya.  Bagi saya setiap drama atau novel, pasti ada kena-mengena dengan hidup seseorang, sama ada orang itu pernah menceritakan pada seseorang ataupun kebetulan berlaku dalam hidup seseorang.
Tetapi mana-mana pergi baik di ofis, tempat makan, tempat majlis kawin, parti harijadi, hari keluarga, hatta dalam facebook pasti ada kedengaran komen-komen/ulasan pasal cerita Nora Elena ni. Mungkin orang paling suka dengan hero cerita ni Aaron Aziz dan heroinnya Siti Saleha.  Bagi saya Aaron Aziz memang sesuai bawa watak Ahmad Seth Tan, kena mimik muka dengan jalan ceritanya. Siti Saleha pula, baru sekarang ni, semenjak cerita Nora Elena, saya perasan ada dalam iklan-iklan Enchanteur dan Silky Girl.
Anak saya Waheeda (umur 7 tahun) siap boleh nyanyi lagu Dan Bila Esok oleh Sofaz tu, lagu tema Nora Elena.
Pasangan serasi Siti Saleha (Nora Elena) & Aaron Aziz (Ahmad Seth Tan)
Adaptasi dari novel Kasih Yang Suci, karya Meen Zulaikha

Moral dari cerita ini antaranya:
1)  Hidup ini jangan salah langkah, sekali salah langkah seumur hidup kita akan menyesal, tetap mengingati apa yang kita telah/pernah buat.
2)  Setiap orang yang bersalah, berhak diberi peluang kedua dalam hidup untuk memperbaiki/memperbetulkan apa yang kita pernah lakukan.
3)  Jodoh memang sudah ditentukan, walau dah bertunang pun belum tentu kita akan kawin dengan dia. Kalau dah jodoh kita macam mana pun tak boleh elak, kita akan kawin dengan dia, terimalah dia seadanya. 
4)  Perkahwinan itu bukannnya mudah, awal perkahwinan memang selalu ada masalah/konflik, kalau dalaman tak kuat memang kacau dibuatnya, boleh porak-poranda.

Thursday, June 16, 2011

Happy 6th Birthday Waheeda & Shaheera

Tiba-tiba teringat sambutan harijadi Waheeda dan Shaheera tahun lepas masa umur mereka 6 tahun. Setakat ini belum ada perancangan untuk sambut harijadi Waheeda & Shaheera macam tahun lepas, bajet belum ada lagi, tapi tak taulah kalau ada rezeki dalam masa yang terdekat ini. Tarikh lahir mereka pada 29 Julai, tapi sambut harijadi pada 7.8.2010, sebenarnya nak tarikh 8.8.2010, tapi ada program lain. 
Tahun lepas kebetulan ada bajet, tempah katering kat Restoran Nu-in (Little Perak in Bangi). Restoran ini merupakan dapur kedua kami bila hujung minggu. Suami paling suka Mee Rebusnya, kalau datang sini mesti order, teringat Mee Mastan.
Tempah kek pula dengan Zurina's Cake, Mama Tatara yang rekemenkan. Lihatlah hasil kerjaseni dari Zurina's Cake, cantikkan?
 Tema birthday kali ini Princess, kek Castle
 favorite part Eiman
 Waheeda & Shaheera dengan keknya
 Laila pun suka
Happy 6th Birthday Waheeda & Shaheera

Tahun ini Waheeda dan Shaheera dah cadangkan tema Barbie pulak...tak taulah Mami ada bajet ke tak, mudah-mudahan ada rezeki Waheeda & Shaheera nak realisasikan impian mereka berdua.

Wednesday, June 15, 2011

Perjumpaan Besar Keluarga Syeikh Wan Hassan

Pada 3 & 4 Jun yang lalu, bertempat di Kompleks D'Taha, Kelana Jaya telah mencatatkan sejarah pada keluarga Syeikh Wan Hassan dengan perjumpaan keluarga secara besar-besaran dan pertama kali diadakan.
Keseluruhan kedatangan adalah melebihi 70%, yang terdiri dari anak, cucu, cicit, piut iaitu lebih kurang dalam 200 orang kesemuanya.
Perjumpaan kali ini diadakan di D'Taha memandangkan di sini disediakan kemudahan hotel penginapan dan makanan. Ahli keluarga datang dari seluruh negara iaitu dari Setiu, Kuala Terengganu, Kuantan, Melaka, Ipoh, Sungai Dua (Penang), Kuala Ketil, Kulim, Teluk Intan, Petaling Jaya, Shah Alam, Cheras, Kajang, Ampang dan beberapa tempat lagi.
Pada perjumpaan keluarga kali ini beberapa aktiviti dapat dijalankan iaitu; majlis bacaan yaasin & tahlil, meraikan pengantin baru, slaid salasilah keluarga, mesyuarat agung Koperasi Ben Hassan, & acara kanak-kanak.


Gambar beramai-ramai
Meraikan pengantin baru keluarga Syeikh Wan Hassan
Beberapa generasi Syeikh Wan Hassan
Antara warga Ben Hassan yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.


Diharapkan perjumpaan besar-besaran seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang, kalau boleh menjadi acara tahunan bagi keluarga Syeikh Wan Hassan.

Wednesday, June 1, 2011

Happy 6th Birthday Aliff Akmal

Awal cuti sekolah tempohari, Waheeda dan Shaheera dapat jemputan ke majlis harijadi Aliff Akmal di Jungle Gym, Bangsar Shopping Centre. Satu pengalaman baru si kembar sambut majlis harijadi di tempat sebegini, sebelum ni Waheeda dan Shaheera hanya pernah celebrate birthday sepupu-sepupunya kat McD & KFC.
Apa lagi Waheeda dan Shaheera memang enjoy le tempat macam ni, excited sangat, macam taknak balik. Waheeda le paling suka, dah lama idamkan nak panjat dan terjun di tempat-tempat yang tinggi. Konsep Jungle Gym lebih kurang sama dengan Mega Kidz di Mid Valley & Critterland di Mines, dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya.
Aliff Akmal ni kira pangkat anak saudara dengan Waheeda & Shaheera. Akmal berdua beradik dengan kakaknya Anis Alysya, tapi sayangnya ibu mereka telah kembali ke rahmatullah 3 tahun yang lalu, Allah lebih menyayangi ibu mereka, Aimi 'Amirah. Ibu mereka seorang yang baik hati, anak yang soleh, kakak sulung yang bertanggungjawab, meninggal pun pada hari Jumaat. Masa ibu Akmal pergi, umur Akmal tak sampai 3 tahun, kakaknya Alysya nak masuk 5 tahun, kecil-kecil lagi tanpa kasih sayang seorang ibu.
Birthday boy Akmal dengan kek Ben 10


Waheeda, Shaheera, Nadia & Alysya

Masa untuk main

 Last sekali sebelum balik, posing kat My Play Room.

Tuesday, May 24, 2011

Hari Keluarga Persatuan Penduduk PBCJ

Hujung bulan Januari yang lalu, Persatuan Penduduk di tempat saya menganjurkan Hari Keluarga di Melaka. Memang happening Hari Keluarga ni, tapi sayangnya saya tak dapat mengikuti program secara penuh kerana suami ada hal penting pada hari itu.
Semua peserta tidur di Hotel Royal Puteri Beach Resort. Mula-mula acara melawat  bandar Melaka, naik Taming Sari beramai-ramai, naik boat, makan asam pedas yang ditaja oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam. 
Malamnya ada makan BBQ, paling best sataynya yang lembut & rempah 'marinate'nya yang best (Dr. Suzana, jiran saya cakap satay tu 'the best in town'). Makanan memang sedap malam tu. Ada cabutan bertuah, semua keluarga dapat hadiah hamper, keluarga saya dapat hadiah no. 4. Ada juga nyanyian karaoke dari semua peringkat umur.
Keesokan harinya ada Sukaneka, yang sepatutnya dibuat di tepi pantai, tapi diubah di dalam dewan.  Semua acara ada, untuk kanak-kanak, dewasa lelaki dan wanita.
Lepas tu semua terjun dalam kolam, yang paling 'excited' bapak budak, budak-budak apa lagi.
Balik tu ada yang beli ikan segar & makanan laut yang lain yang baru naik dari laut berdekatan dengan hotel penginapan kami.
Di lobi hotel sebelum ke pantai untuk BBQ
Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk, Datuk Mustafa Yasin.  Yang sedang menyanyi tu driver Mr. David Teo (Metrowealth) sedang nyanyi lagu 'Jangan Pisahkan' dengan isterinya.
 Waheeda & Shaheera jumpa kawan lama.

Friday, May 20, 2011

Koleksi Elyza

Saya bukannya banyak duit, juga bukan anak orang kaya, yang sentiasa mempunyai pendapatan yang tinggi. Tapi mempunyai citarasa yang tinggi (chewah!), bak kata beberapa orang teman dan tetamu yang pernah datang ke rumah. 
Minat saya terhadap kain Elyza memang mendalam, kalau boleh semua nak di "Elyza"kan. Tapi ini sajalah yang mampu dulu setakat ini. Memandangkan sekarang ini ekonomi Malaysia tak memberangsangkan, 'stop' dulu minat ini. Tapi semua koleksi kain Elyza ni semuanya dah lebih 2 tahun, ada yang sudah lebih 5 tahun, tapi kualiti masih OK lagi, memang alah membeli & menang memakai.
Saya tempah sikit-sikit, bila ada duit baru tempah, tidak sekaligus, contohnya mula-mula buat badan dulu (night curtain), lepas tu bahagian atas (valance), lepas tu sheer (day curtain). Itulah cara saya orang yang tak berapa kaya ni, tapi kalau banyak duit tu bolehlah buat sekaligus satu set atau satu rumah, lagi jimat.
warna ungu dari koleksi Country Rose di ruang tamu
 warna light purple, tingkap Roman Blind & sheer Austrian Blind.
'bench' yang telah dibalut dengan fabrik Elyza, asalnya fabrik lain. 
 Kat dapur, Box Pleat (cum apa tah, dah tak ingat)
 Roman Blind warna hijau
Di ruang family hall, sofa lama yang telah di'upholsteri' dengan warna hijau corak kotak-kotak. 
Fabrik Elyza yang mula-mula sekali saya tempah, so far OK lagi, ada 'faded' sikit je, sebab selalu kena cahaya matahari.
Tapi maaf, saya bukannya ejen Elyza, tak dapat komisen pun kalau saya promote Elyza. Tapi kawan-kawan saya ada yang dealer Elyza & ada yang buka kedai langsir. Saya cuma nak berkongsi ilmu & minat kalau ada sahabat-sahabat blogger yang minat dengan koleksi kain Elyza.

Friday, May 13, 2011

POWER! Tips-Tips Pengurusan Wang Ringgit Anda

Baru-baru ini saya telah mengikuti program POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda anjuran bersama Bank Negara Malaysia dan AKPK.  Program ini memang bagus, semua orang patut pergi sebenarnya.  Banyak fakta menarik yang baru saya ketahui dan beberapa tips telah saya perolehi antaranya:
1.  Simpanan 10%
Pastikan 10% daripada pendapatan diperuntukkan untuk simpanan.


2.  3 jenis perbelanjaan; tetap, berubah-ubah & budi bicara
- Perbelanjaan tetap - perbelanjaan keprluan hidup, contohnya pinjaman perumahan & sewa beli, sewa rumah, upah bayaran pengasuh anak dll.
- Perbelanjaan berubah-ubah - perbelanjaan untuk keperluan hidup contohnya makanan, pakaian, bil utiliti dll.
- Perbelanjaan budi bicara - bukan perbelanjaan keperluan hidup contohnya pakaian berjenama/mahal, penyaman udara, langganan TV satelit dll.


3.   Keperluan vs Kehendak
Kita perlu bezakan antara keperluan dan kehendak. Kena sabar dengan kehendak kita. Pedulikan cakap-cakap orang di sekeliling kita apabila kita mengutamakan keperluan dari kehendak.


4.  Nisbah hutang 40%
     Hadkan nisbah hutang kepada pendapatan tidak melebihi 40%.


5.  Guna Kad Kredit secara bijak
i.   Jadikan sebagai kad caj, bukannya kad hutang, 20-50 hari tanpa faedah.
ii.  Bayar penuh lagi jimat faedah.
iii. Bayar tiap-tiap bulan lagi jimat, 13.5% p.a.
iv. Elakkan 'cash advance', caj tambahan 3-5%, dikira dari tarikh wang tunai diambil
v.  Kad kredit boleh juga diguna untuk dapat modal bisnes


6.  Pembelian kereta
i.   Beli kereta yang ada nilai 'trade-in' contohnya Toyota, Waja, Honda
ii.  Selain dari ansuran kereta fikirkan juga kos petrol, parkir, servis
     
7.  Pembelian rumah
i.  Cari lokasi yang strategik, supaya ada 'value' bila dijual atau disewakan
ii. Pemaju yang ada track record yang bagus, kalau tidak rumah terbengkalai, jadi bebanan hutang


Banyak lagi sebenarnya yang menarik tentang program ini. Sebenarnya masa tak cukup, mungkin kena tambah 1 jam lagi baru boleh dapat semua info yang ada dalam slide.  Penyampainya Encik Mohd Adnan Anan Abdullah pandai mengolah cerita-cerita sebenar yang kebanyakannya mendapatkan khidmat dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).  Ada juga cerita-cerita yang berkait dengan diri kita sendiri (saya sebenarnya), contohnya beli barang tapi tak pakai, pakai sekali terus simpan dalam almari.

Program POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda

Beberapa hari yang lalu, saya berpeluang mengikuti program "POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda" anjuran bersama AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) dan Bank Negara Malaysia. Penceramahnya ialah Encik Mohd Adnan Anan Abdullah, yang dari awal hingga ke akhir program, tak kering gusi kami mendengar celotehnya. Walaupun sasarannya adalah golongan muda yang belum membuat hutang, tapi isinya memang berguna untuk semua peringkat umur termasuklah umur yang macam saya. Kalaulah dari dulu lagi saya dah dengar ceramah ni, mungkin sekarang ini saya dah boleh kumpul banyak duit dan beban hutang pun kurang. 

Wednesday, May 11, 2011

@Little White Cafe

Hujung minggu lepas, sempena menyambut Hari Ibu, saya mengajak suami dan anak-anak pergi menjenguk kat Little White Cafe di Seksyen 9, Bangi. Kalau nak tahu lokasi bangunan ini ialah di belakang Kompleks PKNS Bangi dan lokasi kedai ialah sederet dengan HPA Cawangan Bangi dan Restoran Wong Solo.
Mula-mula melangkah kedai ini disambut dengan jemputan mesra oleh 'waiter' & waitress' Little White Cafe. Bak kata pemilik kedai yang menyatakan kita kena 'create ambience first', memang benar, kerana saya rasa seperti melangkah ke kafe di 'oversea'. Pemiliknya berkata, rata-rata pelanggan yang masuk ke kafe ini berasa selesa dan inginkan suasana yang sebegitu di rumah sendiri. Para pelancong dari negara barat merasakan seperti berada di negara mereka sendiri, contohnya pelancong dari US berkata, kafe ini berkonsep American, manakala pelancong dari Belgium pula berkata kafe ini seperti di Belgium. Tapi yang nyata konsepnya bukan English seperti yang mula-mula saya sangkakan bila melihat dan mengetahui mengenai kafe ini.
Anak-anak dan suami saya pun rasa selesa, makanan pun sedap, cuma tak tahan harganya (kalau boleh turunkan harga lagi best). Mungkin kafe ini berkonsep 'western food', yang masuk kafe ini pastinya 'mat saleh' pastinya menganggap harganya adalah 'reasonable'. Apa-apa pun saya akan pergi sekali lagi ke kafe ini untuk 'fine dining' pula. Hari itu 'a bit rushing' sebab almaklumlah hari Ahad petang, nak prepare sebab esoknya anak-anak ke sekolah dan waktu pun hampir Maghrib.
Waheeda di kaunter depan Little White Cafe. Belakang kaunter ada menu makanan yang terdapat di kafe ini. Shaheera paling tertarik dengan menu 'Strawberry Shortcake' yang terdapat pada papan ini. Saya pula tertarik dengan belakang kaunter yang ada  botol-botol dan 'hanging shelf' tu. 
Sebenarnya kafe ini menurut pemiliknya Puan Faizah Zainal (juga pemilik fzld), adalah showroom untuk pelanggannya. fzld  adalah 'lifestyle designer' (bukannya 'interior designer'), so beliau design sesuatu rumah atau premis mengikut 'lifestyle' kita. 
Begitu selesanya Waheeda macam di rumah sendiri. Shaheera sedang menjenguk apa yang ada di dalam 'showcase' kek. Saya pula tertarik dengan skema warna yang digunakan. Ku sangkakakan konsep English (sebab warna putih & hijau), tapi sebenarnya ini American. Saya sangat suka pintu & tingkap yang berwarna hijau itu. Suka juga tengok panel 'louvres' yang ada di atas tingkap. Pemiliknya juga berkata, konsep deko ini macam dalam cerita 'Desperate Housewives'.


Akhir sekali bergambar di bahagian depan kafe ini, yang suasana dan latarbelakangnya macam di luarnegara.


Saya bercadang akan berkunjung sekali lagi ke kafe ini, mungkin untuk sambut 'Father's Day' ke, atau my twin's birthday ke atau sambut Mother's Day tahun depan, memandangkan Mother's Day tahun ini sudah pun berlalu.
Sekian untuk kali ini. Bye!

Tuesday, May 10, 2011

Jumpa Cikgu Shida @ Pesta Buku 2011

Alkisahnya pada 30 April 2011 yang lalu, saya bercadang nak tengok demo kek cawan oleh Lynn Hassan.  Dia tulis dalam Wall FB, nak buat demonstrasi kek cawan antara pukul 3 - 4 petang.  Keluar rumah pun dah lambat, sebab pagi tu tengok perkahwinan Putera William dan Kate kat TV, cadangnya nak berehat di rumah saja pada hari itu.  Tapi anak saya Shaheera pun sibuk cakap, cikgu dia suruh pergi Pesta Buku di PWTC.
Memang dah agak jalan pun 'jamned' luarbiasa sampai PWTC, cari booth Karangkraf pun punyalah lama, puas tanya 'exhibitor' dan sekretariat kat situ. Malangnya demo kek dah habis, tapi ada pengumuman Cikgu Shida akan datang buat persembahan.  Pengacara majlis menyatakan, 'youtube' Cikgu Shida yang buat miming lagu dah mencecah 1.5 juta, silap-silap katanya Putera William pun dah tengok video dia tu.  Tak sangka rupa-rupanya Cikgu Shida mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri. Mana taknya, Cikgu Shida dah keluar dalam rancangan Apa Saje FBI dan jadi jemputan Dato' Siti Nurhaliza di TV.
Cikgu Shida tunjuk bakat sebenar depan 'public'.

 Cikgu Shida diberi penghormatan untuk sama-sama menyambut ulangtahun Karangkraf.
Sempat juga bergambar dengan Cikgu Shida.
Kalau nak tau lebih lanjut pasal Cikgu Shida, boleh rujuk cikgushida.
Memandangkan takde buat bajet untuk membeli-belah di Pesta Buku kali ni, maka saya membeli yang sekadarnya sahaja. Sebenarnya teringin juga nak membeli majalah-majalah lama Karangkraf, tapi yang kat rumah pun dah takde tempat, maka dilupakan saja niat itu.
Sekian untuk kali ini. Bye! 

Monday, May 9, 2011

Demam Macaroon

Sekarang ni kat Malaysia sedang dilanda demam Macaroon. Rata-rata di sana-sini ramai yang bercerita tentang Macaroon, sebenarnya ada yang tak suka pasal rasanya yang manis semacam tu. Kalau orang ada penyakit kencing manis, baiklah jauhkan diri dari Macaroon ni.  
Bagi saya pula, memang suka Macaroon, tak kira le orang cakap macam mana rasa dan akibatnya. Cuma tak tahan harganya, kalau ikutkan rupanya macam biskut yang color-maler je. Mungkin sebab proses pembuatannya yang agak leceh tu menyebabkan harganya yang macam tu. Dan asalnya ini adalah cookies dari Perancis, kat sana jual kat butik, yang menaikkan lagi taraf cookies ni.
Mula-mula dengar cerita dari kawan-kawan dan seangkatan dengannya yang pernah belajar buat Macs ni, katanya kena tengok cuaca, pukul 11 pagi le, pakai termometer le. Tapi saya pernah pergi kursus ni, rupa-rupanya ada cara yang senang sikit yang tak payah pakai khidmat ramalan kajicuaca. Cuma masih ada banyak pantangnya supaya Macs ni keluar kaki & tak merekah.

Maaf saya ambil gambar Macs ni dari blog Miss Chip ni. 
Nanti saya post gambar yang saya pergi kelas Macs ni pulak. Saya suka Macaroon yang berwarna-warni ni sebab bagi aura dan terapi pada saya.