Sunday, June 23, 2013

Makan Cendol @ Wahab's Cendol, The Best Cendol In Town

Semalam semasa ronda-ronda kat kawasan Taman Sri Rampai nak cari tempat makan tengahari, tiba-tiba terserempak dengan satu restoran jual cendol, namanya Wahab Cendol, katanya 'the best cendol in town'. Sebenarnya, suami saya sebelum ni ada berangan-angan nak bukak restoran yang ada jual bermacam-macam jenis cendol. Tup2 semalam terjumpa pulak kedai ni, seperti yang dibayangkan. Tapi konsep kedai ni ala2 KFC atau McD sebab kena buat order dan bayar dulu di kaunter sebelum buat 'pick-up' kat kaunter, ikut nombor giliran yang macam kat bank tu. Kita layan gambar-gambar ni dulu. 
Logo Wahab' Cendol

Kaunter Pick-up, perhatikan nombor giliran untuk cendol










Kaunter untuk order makanan





Tuesday, June 18, 2013

Happy Father's Day di @Grills, Bangi

Sempena Hari Bapa si ayah teringin nak makan kat Perantau Hill, tapi rupa-rupanya siang hari tak buka. Maka ronda-rondalah di kawasan Bangi, dan tiba-tiba teringat jelajah kat internet jumpa restoran western food di @Grills, Seksyen 9 Bangi. Sebelahnya kedai makan juga, restoran makanan Cina Muslim, dan satu deret dengan tu ada juga restoran cina muslim Mohd Chan Abdullah. 

Menu Steak, Platter, Burger/Sandwich






@Grills Special




Spaghetti Aglio Olio

Chicken Chop

Spaghetti Bolognese

Banana Split
 

Monday, June 3, 2013

Makan Ikan Bakar di Perantau Hill, Bangi

Selalu dalam perjalanan ulang-alik ke Putrajaya, nampak restoran ini di tepi jalan. Kebetulan suami nak celebrate sempena dah selesai buat project paper/laporan praktikal dia cadangkan makan kat Perantau Hill. Namanya tempat makan ikan bakar tapi sebenarnya macam-macam ada. Selain ikan bakar, ada satay Willy, som tai, bihun sup, laksa, nasi ayam, kek ais-krim dan lain-lain. Baru pertama kali pergi tempat ini, tak banyak yang sempat nak explore. Tapi yang pastinya ada banyak jenis tempat makan; ada meja jepun boleh duduk bersila, ada meja panjang- nak makan lebih dari 2 keluarga, meja biasa pun ada. Di sini juga boleh buat wedding function, ada pakej untuk diadakan di sini atau katering ke premis majlis perkahwinan.
Ice-cream cake vanilla slice

Ice-cream cake vanilla cup


Kerang, tak ingat nama masakan, tapi sedap, kuah kacang











Ice-cream cake dalam freezer