Friday, October 13, 2017

Perjalanan Haji Ku - 1438 Hijrah = 2017 Masihi

BAHAGIAN 1

Tak sabar nak memulakan cerita ini sebenarnya.

Sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan fardu haji, terutamanya selepas menunaikan Umrah kali pertama pada Januari 2014. Umrah kali kedua pada Disember 2016, memohon bersungguh-sungguh di depan Kaabah agar dijemput menunaikan haji dengan secepat mungkin. Kalau ikut tahun mendaftar sepatutnya pergi pada tahun 2020, tapi selepas semakan yang kemudian dalam sistem Tabung Haji sudah turun ke tahun 2019. Tapi, hati ini bagai diruntun-runtun nak pergi cepat, nak selesaikan rukun Islam yang ke5 ini, supaya lengkap diri ini sebagai seorang muslim. Impian nak dapat haji mabrur, sebab haji mabrur balasannya ialah syurga.


Sudah 3 tahun berturut-turut hantar rayuan untuk menunaikan haji, semenjak dari tahun 2015. Untuk tahun 2017, bulan Januari sudah hantar surat rayuan. Bulan Ramadan 2017, sambil buka akaun Tabung Haji dan daftar haji untuk anak-anak, semak status rayuan. Bila semak, katanya rayuan gagal, "tunggulah tahun 2019, lagi 2 tahun je, buat apa nak 'rushing2' pergi haji", kata pegawai Tabung Haji. Katanya lagi, "kalau tau awal2 pergi haji boleh buat persiapan awal, beli barang2 haji pun takdelah last minute". Hati sedikit kecewa, tapi memikirkan tak apalah sudah pergi jalan-jalan ke Europe bulan Mei lepas, salah satu tempat impian yang saya hendak pergi. 


Kata pegawai Tabung Haji lagi, "tunggulah sehingga akhir Ramadan, kalau ada penambahan kuota, tapi kalau tambah kuota pun, kita akan tawarkan pada mereka yang sepatutnya pergi pada tahun 2018 Masihi".


Tapi pada 18 Julai 2017, tiba-tiba menerima panggilan....


Benarlah, rezeki tak pernah salah alamat. Kalau sudah tertulis rezeki itu untuk kita, pasti akan tiba.

Sebenarnya, ada ternampak 'missed call', selalunya tak endah nak 'call' balik kalau nampak nombor yang tak dikenali. Bila 'call' balik, dengar dari Tabung Haji Kajang, selalunya saya ulang-alik dan segala urusan buat di Tabung Haji Kuala Lumpur (HQ). Pegawai di sana cakap nak tawarkan pergi haji pada tahun ini, 2017. Kalau nak ambil surat tawaran boleh pergi mana-mana Tabung Haji. Memandangkan nak cepat tengok surat tawaran, pergilah saya ke Tabung Haji Kajang.

Masa dapat tawaran itu, rasa berada di puncak dunia, gembira tak terkata. Teringat Surah Ar-Rahman, "..... maka pada nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan". Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada ku. Syukur, Alhamdulillah.

Setelah sudah isi semua borang dan buat 'medical check-up' di klinik panel Tabung Haji, serahkan kesemuanya dalam masa 4 hari.  Dia suruh tunggu tarikh penerbangan, dia akan bagi surat. Saya bajet mesti saya akan naik penerbangan akhir, memandangkan saya 'last minute' dapat tawaran, saya dapat sudah hampir akhir Syawal, sudah hampir KT1 hendak berlepas. Tapi tak sangka, pada hari Khamis 27 Julai, Tabung Haji call kata saya akan berlepas pada Khamis minggu depannya, iaitu 3 Ogos 2017.


Maka, dengan sedikit masa berbaki untuk berlepas, saya pun buat persiapan sekadar segera yang mungkin. Persiapan itu termasuklah:

1. Beli barangan haji di kedai-kedai barangan haji & umrah di sekitar KL dan Bangi. Beli barang yang berbaloi, terutamanya telekung yang tidak mudah terkeluar rambut, kain yang berkualiti dan sesuai dengan cuaca di Mekah dan Madinah. Stokin tawaf, stokin tangan dan stokin kaki juga pending.
2. Beli barangan untuk kegunaan di tanah suci, 'hanger', selipar dll. Barang-barang ini semua ada di Mydin.
3. Pergi klinik untuk dapatkan bekalan ubat untuk selama 50 hari di Mekah dan Madinah.
4. Pergi salon rambut di Medan Mara untuk 'repair' anak2 rambut yang boleh terkeluar dan 'kacau' muka bila pakai telekung, terutama sekali semasa ibadah solat & tawaf, supaya tidak rosak ibadah Haji dan Umrah kita.

Bersambung...

Saturday, October 7, 2017

Hari ini 7102017

Hari ini aku kembali ber'BLOG' setelah sekian lama hendak menulis tapi ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.
Hari ini dalam posting2 di facebook & mesej2 di 'whatsapp' banyak yang sentuh tarikh ini. Ada apa dengan tarikh ini 7102017? 
Yang penting saya sudah bermula ber'BLOG'.

Kembali Ber'BLOG'