Saturday, June 18, 2011

Demam Nora Elena

Cerita drama Nora Elena sudah pun berakhir setelah disiarkan selama 24 episod. Cerita ini adaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha, tapi 80% sahaja katanya.
Sebenarnya tak mengikuti sangat cerita selama bersiri memandangkan sampai rumah pun dah lebih pukul 8 malam, selalunya tengok kat kedai makan yang selalu kami sekeluarga singgah sebelum sampai ke rumah. Tapi yang last episod memang ditunggu-tunggu.
Sebenarnya bila tengok cerita ni rasa ada kena-mengena dengan diri sendiri, rasa 'touching' dengan beberapa skrip/perkataan dalam drama ini, yang pernah saya dengar mahupun diucapkan oleh beberapa insan dalam hidup saya.  Bagi saya setiap drama atau novel, pasti ada kena-mengena dengan hidup seseorang, sama ada orang itu pernah menceritakan pada seseorang ataupun kebetulan berlaku dalam hidup seseorang.
Tetapi mana-mana pergi baik di ofis, tempat makan, tempat majlis kawin, parti harijadi, hari keluarga, hatta dalam facebook pasti ada kedengaran komen-komen/ulasan pasal cerita Nora Elena ni. Mungkin orang paling suka dengan hero cerita ni Aaron Aziz dan heroinnya Siti Saleha.  Bagi saya Aaron Aziz memang sesuai bawa watak Ahmad Seth Tan, kena mimik muka dengan jalan ceritanya. Siti Saleha pula, baru sekarang ni, semenjak cerita Nora Elena, saya perasan ada dalam iklan-iklan Enchanteur dan Silky Girl.
Anak saya Waheeda (umur 7 tahun) siap boleh nyanyi lagu Dan Bila Esok oleh Sofaz tu, lagu tema Nora Elena.
Pasangan serasi Siti Saleha (Nora Elena) & Aaron Aziz (Ahmad Seth Tan)
Adaptasi dari novel Kasih Yang Suci, karya Meen Zulaikha

Moral dari cerita ini antaranya:
1)  Hidup ini jangan salah langkah, sekali salah langkah seumur hidup kita akan menyesal, tetap mengingati apa yang kita telah/pernah buat.
2)  Setiap orang yang bersalah, berhak diberi peluang kedua dalam hidup untuk memperbaiki/memperbetulkan apa yang kita pernah lakukan.
3)  Jodoh memang sudah ditentukan, walau dah bertunang pun belum tentu kita akan kawin dengan dia. Kalau dah jodoh kita macam mana pun tak boleh elak, kita akan kawin dengan dia, terimalah dia seadanya. 
4)  Perkahwinan itu bukannnya mudah, awal perkahwinan memang selalu ada masalah/konflik, kalau dalaman tak kuat memang kacau dibuatnya, boleh porak-poranda.

No comments:

Post a Comment