Monday, June 3, 2013

Makan Ikan Bakar di Perantau Hill, Bangi

Selalu dalam perjalanan ulang-alik ke Putrajaya, nampak restoran ini di tepi jalan. Kebetulan suami nak celebrate sempena dah selesai buat project paper/laporan praktikal dia cadangkan makan kat Perantau Hill. Namanya tempat makan ikan bakar tapi sebenarnya macam-macam ada. Selain ikan bakar, ada satay Willy, som tai, bihun sup, laksa, nasi ayam, kek ais-krim dan lain-lain. Baru pertama kali pergi tempat ini, tak banyak yang sempat nak explore. Tapi yang pastinya ada banyak jenis tempat makan; ada meja jepun boleh duduk bersila, ada meja panjang- nak makan lebih dari 2 keluarga, meja biasa pun ada. Di sini juga boleh buat wedding function, ada pakej untuk diadakan di sini atau katering ke premis majlis perkahwinan.
Ice-cream cake vanilla slice

Ice-cream cake vanilla cup


Kerang, tak ingat nama masakan, tapi sedap, kuah kacang











Ice-cream cake dalam freezer






No comments:

Post a Comment