Sudah lama permintaan Waheeda dan Shaheera nak pergi Aquaria di KLCC, rasanya dari cuti sekolah tahun lepas lagi. Tapi nampaknya cuti sekolah hujung tahun 2012 baru dapat terlaksana impian mereka berdua ini. Mereka asyik teringatkan pergi Aquaria ini masa dibawa oleh cikgu sekolah tadika dulu masa umur 5 atau 6 tahun. Bukannya apa, Mami dan Ayah takde masa terluang yang lama nak berjalan-jalan dalam Aquaria itu.
Tiket masuk adalah RM35 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun adalah RM25. Sepatutnya jumlah kami anak beranak adalah RM120, tapi nasib baik ada pakej RM99 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, dapat diskaun RM21.
life is a wonderful journey, no one knows what the future is, tread life joyfully, don't worry about the rest of the world, pass the day smilingly, no one knows what the future will be..
Monday, November 12, 2012
Cuti Sekolah di Aquaria KLCC
Monday, November 5, 2012
Majlis Anugerah Cemerlang & Ihtifal SKSHAS 2012
Tengahari awal minggu lepas, masa melawat anak dan bagi makan tengahari di sekolah anak, Shaheera tunjuk surat dia dapat tempat pertama sekolah KAFA. Terkejut mami, sebab tak pernah tengok Shaheera baca buku pun. Tapi itu sekolah KAFA, harapan mami nanti Shaheera dapat tempat pertama sekolah kebangsaan pula pada tahun-tahun hadapan. Teringat mami masa sekolah rendah dulu, tiap-tiap tahun naik pentas dapat hadiah. Takpe anak-anakku, semoga tahun-tahun hadapan ada harapan naik pentas.
| Tempat Pertama 2 Siddiq |
| Mata Pelajaran Terbaik Akhlak |
| Ucapan oleh Guru Besar SKSHAS, Puan Sarimah Ahmad |
| Ucapan oleh Yang Di Pertua PIBG SKSHAS |
| Nasyid |
| Shaheera atas pentas |
| Tokoh Pelajar |
| Koir |
Wednesday, October 31, 2012
JJCM TV3 @ Restoran Nu-In, Little Perak In Bangi
Hari itu masa makan kat
Restoran Nu-In, nampak plak Jalan-Jalan Cari Makan TV3 kat dinding yang warna
coklat itu. Tanya kat staf restoran tu, bila nak keluar TV3, dia cakap
siaran pada 28 Oktober. Maka pada hari itu tunggulah kami anak beranak
depan TV nak tengok siaran yang dimaksudkan itu. Nampak ada menu baru,
Popia Platter (sebenarnya memang dah ada menu Popia kat Restoran Nu-In sebelum ni, tapi sudah di 'up-grade'),
dan beberapa menu yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
Petang tu, teringat pulak nak makan situ lagi. Ramai pulak orang kat Restoran Nu-in petang tu, tunggu order pun lama jugak. Dah agak mesti sebab penangan keluar
Jalan-Jalan Cari Makan siaran tengahari itu, memang iye pun staf restoran kata,
hari itu memang lebih ramai dari biasa. Lagi satu saya fikir mungkin sebab orang baru balik
dari kampung selepas Hari Raya Haji maka orang pun singgah situ sebelum sampai
rumah. Hinggakan staf dan 'owner' restoran pun kena minta maaf pada pelanggan-pelanggan
sebab order lambat sampai.
| Antara Desserts yang terdapat di sini |
| Continental Breakfast Menu |
| Sirap Bandung |
| Teh Tarik Ipoh, menu yang tak pernah ketinggalan setiap kali makan di sini |
| Fried Kuey Teow, memang sedap giler |
| Nasi Lemak Sambal Sotong |
| Hari ni cuba menu baru, Mee Rebus Istana |
| Roti dengan kaya |
Labels:
JJCM TV3,
Little Perak in Bangi,
Restoran Nu-In
Tuesday, October 30, 2012
Durian Crepes, Oh Durian Crepes
Lama tak ber'blog', tiba-tiba keluar posting pasal DURIAN CREPES.
Alkisahnya, pencipta resepi ni yang berada di Seremban mendapat idea dari Durian Pancakes yang ada dijual di The Gardens, Mid Valley. Tokeh 'durian pancakes' tu pulak dapat idea bila dia pergi travel kat Hongkong, terjumpa dessert durian ni kat sana. Kalau makanan berasaskan durian tu boleh ada kat Hongkong, apatah lagi kat Malaysia yang memang ada dusun durian, bolehlah diperkenalkan kat Malaysia pulak. Tokeh Sumptuous Desserts yang juga bekas peramugari tu juga ada outlet selain dari Mid Valley iaitu Sungei Wang Plaza, Ikano Centre dan Sunway Pyramid Shopping Centre.
Tapi, syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada Puan Zalina Yahaya, pemilik Bzee Bakery, dengan usaha beliau mencipta resepi ini telah membuatkan ramai bakers di luar sana mendapat 'durian runtuh' hasil dari jualan Durian Crepes. Ada yang dah dapat RM10K dalam tempoh kurang dari 15 hari, kalah bisnes MLM gamaknya.
Tapi tak kurang juga kontroversi pasal Durian Crepes ni, terutamanya gaduh pasal ada yang minta resepi dan ada yang taknak bagi resepi. Yang minta resepi mungkin sebab teruja sangat (sebab bunyinya yang 'awesome' tu), yang taknak bagi resepi pulak, alasan dah pergi kelas beratus-ratus batu, keluar modal tiga angka, takkan nak bagi resepi free je, kenalah menuntut dengan pengerasnya sekali ye.
Friday, October 26, 2012
Makan di Little White Cafe Lagi
Sempena anniversary perkahwinan kami yang ke 16 tahun, 18 Oktober yang lalu, ajak hubby celebrate kat Little White Cafe lagi. Sebenarnya tahun lepas lepas pergi makan sempena Mother's Day dah berazam nak datang lagi, tapi disebabkan sibuk memanjang je, dan macam-macam hal lain lagi, maka baru hari tu dapat pergi.
Konsep cafe masih sama, sepertikata owner Little White Cafe tu, macam dalam cerita Desperate Housewives, tapi setting meja & perabut lain sudah ditukar kedudukan. Tengok dalam facebook Little White Cafe, ada shooting drama Julia dibuat di sini, dan my favorite ustaz, Ustaz Don Daniyal pun dah 2 kali makan kat sini. Berangan betul kalaulah dapat buat konsep rumah macam ni.
Konsep cafe masih sama, sepertikata owner Little White Cafe tu, macam dalam cerita Desperate Housewives, tapi setting meja & perabut lain sudah ditukar kedudukan. Tengok dalam facebook Little White Cafe, ada shooting drama Julia dibuat di sini, dan my favorite ustaz, Ustaz Don Daniyal pun dah 2 kali makan kat sini. Berangan betul kalaulah dapat buat konsep rumah macam ni.
| Favorite Waheeda, Red Velvet Cake |
| Apple Juice |
| Spaghetti Bolognese |
| Lasagna |
| Red Velvet Cake, all quality ingredients - mascarpone cheese, telur omega |
| Vietnam Coffee |
| Setting yang lain dari tahun lepas |
| Memang suka tengok counter yang macam ni |
Monday, October 8, 2012
Tempat Favorite, Nu-In Little Perak
Dalam banyak-banyak kedai makan, tempat yang paling best kami sekeluarga suka makan ialah di Restoran Nu-in, Little Perak in Bangi. Sebenarnya hubby yang suka sangat makan mee rebus kat sini, Mee Rebus Menara Condong, nostalgia kampungnya di Teluk Intan yang terkenal ada mee Mastan Gani.
Restoran ini 'promote' makanan-makanan popular di Perak berdasarkan tempatnya; seperti Popiah Taiping, Mee Rebus Menara Condong, Laksa Kuala, Nasi Ayam Pasir Salak, Teh Tarik Ipoh, dan lain-lain lagi.
Restoran ini 'promote' makanan-makanan popular di Perak berdasarkan tempatnya; seperti Popiah Taiping, Mee Rebus Menara Condong, Laksa Kuala, Nasi Ayam Pasir Salak, Teh Tarik Ipoh, dan lain-lain lagi.
| Ada plak Jalan Jalan Cari Makan, tanya bila nak keluar TV, orang Nu-in cakap 28 Oktober |
| Noodles with Fishball |
| Fried Kue Teow, memang sedap kat sini |
| Popia Taiping, tak sah kalau pergi sini tak order ini.. |
Subscribe to:
Comments (Atom)