Showing posts with label Little White Cafe. Show all posts
Showing posts with label Little White Cafe. Show all posts

Friday, October 26, 2012

Makan di Little White Cafe Lagi

Sempena anniversary perkahwinan kami yang ke 16 tahun, 18 Oktober yang lalu, ajak hubby celebrate kat Little White Cafe lagi.  Sebenarnya tahun lepas lepas pergi makan sempena Mother's Day dah berazam nak datang lagi, tapi disebabkan sibuk memanjang je, dan macam-macam hal lain lagi, maka baru hari tu dapat pergi.
Konsep cafe masih sama, sepertikata owner Little White Cafe tu, macam dalam cerita Desperate Housewives, tapi setting meja & perabut lain sudah ditukar kedudukan. Tengok dalam facebook Little White Cafe, ada shooting drama Julia dibuat di sini, dan my favorite ustaz, Ustaz Don Daniyal pun dah 2 kali makan kat sini.  Berangan betul kalaulah dapat buat konsep rumah macam ni.

Favorite Waheeda, Red Velvet Cake

Apple Juice

Spaghetti Bolognese



Lasagna

Red Velvet Cake, all quality ingredients - mascarpone cheese, telur omega

Vietnam Coffee

Setting yang lain dari tahun lepas


Memang suka tengok counter yang macam ni



Wednesday, May 11, 2011

@Little White Cafe

Hujung minggu lepas, sempena menyambut Hari Ibu, saya mengajak suami dan anak-anak pergi menjenguk kat Little White Cafe di Seksyen 9, Bangi. Kalau nak tahu lokasi bangunan ini ialah di belakang Kompleks PKNS Bangi dan lokasi kedai ialah sederet dengan HPA Cawangan Bangi dan Restoran Wong Solo.
Mula-mula melangkah kedai ini disambut dengan jemputan mesra oleh 'waiter' & waitress' Little White Cafe. Bak kata pemilik kedai yang menyatakan kita kena 'create ambience first', memang benar, kerana saya rasa seperti melangkah ke kafe di 'oversea'. Pemiliknya berkata, rata-rata pelanggan yang masuk ke kafe ini berasa selesa dan inginkan suasana yang sebegitu di rumah sendiri. Para pelancong dari negara barat merasakan seperti berada di negara mereka sendiri, contohnya pelancong dari US berkata, kafe ini berkonsep American, manakala pelancong dari Belgium pula berkata kafe ini seperti di Belgium. Tapi yang nyata konsepnya bukan English seperti yang mula-mula saya sangkakan bila melihat dan mengetahui mengenai kafe ini.
Anak-anak dan suami saya pun rasa selesa, makanan pun sedap, cuma tak tahan harganya (kalau boleh turunkan harga lagi best). Mungkin kafe ini berkonsep 'western food', yang masuk kafe ini pastinya 'mat saleh' pastinya menganggap harganya adalah 'reasonable'. Apa-apa pun saya akan pergi sekali lagi ke kafe ini untuk 'fine dining' pula. Hari itu 'a bit rushing' sebab almaklumlah hari Ahad petang, nak prepare sebab esoknya anak-anak ke sekolah dan waktu pun hampir Maghrib.
Waheeda di kaunter depan Little White Cafe. Belakang kaunter ada menu makanan yang terdapat di kafe ini. Shaheera paling tertarik dengan menu 'Strawberry Shortcake' yang terdapat pada papan ini. Saya pula tertarik dengan belakang kaunter yang ada  botol-botol dan 'hanging shelf' tu. 
Sebenarnya kafe ini menurut pemiliknya Puan Faizah Zainal (juga pemilik fzld), adalah showroom untuk pelanggannya. fzld  adalah 'lifestyle designer' (bukannya 'interior designer'), so beliau design sesuatu rumah atau premis mengikut 'lifestyle' kita. 
Begitu selesanya Waheeda macam di rumah sendiri. Shaheera sedang menjenguk apa yang ada di dalam 'showcase' kek. Saya pula tertarik dengan skema warna yang digunakan. Ku sangkakakan konsep English (sebab warna putih & hijau), tapi sebenarnya ini American. Saya sangat suka pintu & tingkap yang berwarna hijau itu. Suka juga tengok panel 'louvres' yang ada di atas tingkap. Pemiliknya juga berkata, konsep deko ini macam dalam cerita 'Desperate Housewives'.


Akhir sekali bergambar di bahagian depan kafe ini, yang suasana dan latarbelakangnya macam di luarnegara.


Saya bercadang akan berkunjung sekali lagi ke kafe ini, mungkin untuk sambut 'Father's Day' ke, atau my twin's birthday ke atau sambut Mother's Day tahun depan, memandangkan Mother's Day tahun ini sudah pun berlalu.
Sekian untuk kali ini. Bye!