Wednesday, October 31, 2012

JJCM TV3 @ Restoran Nu-In, Little Perak In Bangi


Hari itu masa makan kat Restoran Nu-In, nampak plak Jalan-Jalan Cari Makan TV3 kat dinding yang warna coklat itu. Tanya kat staf restoran tu, bila nak keluar TV3, dia cakap siaran pada 28 Oktober.  Maka pada hari itu tunggulah kami anak beranak depan TV nak tengok siaran yang dimaksudkan itu.  Nampak ada menu baru, Popia Platter (sebenarnya memang dah ada menu Popia kat Restoran Nu-In sebelum ni, tapi sudah di 'up-grade'), dan beberapa menu yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
Petang tu, teringat pulak nak makan situ lagi. Ramai pulak orang kat Restoran Nu-in petang tu, tunggu order pun lama jugak. Dah agak mesti sebab penangan keluar Jalan-Jalan Cari Makan siaran tengahari itu, memang iye pun staf restoran kata, hari itu memang lebih ramai dari biasa.  Lagi satu saya fikir mungkin sebab orang baru balik dari kampung selepas Hari Raya Haji maka orang pun singgah situ sebelum sampai rumah. Hinggakan staf dan 'owner' restoran pun kena minta maaf pada pelanggan-pelanggan sebab order lambat sampai.
Antara Desserts yang terdapat di sini


Continental Breakfast Menu

Sirap Bandung


Teh Tarik Ipoh, menu yang tak pernah ketinggalan setiap kali makan di sini

Fried Kuey Teow, memang sedap giler

Nasi Lemak Sambal Sotong


Hari ni cuba menu baru, Mee Rebus Istana

Roti dengan kaya

No comments:

Post a Comment