Lama tak ber'blog', tiba-tiba keluar posting pasal DURIAN CREPES.
Alkisahnya, pencipta resepi ni yang berada di Seremban mendapat idea dari Durian Pancakes yang ada dijual di The Gardens, Mid Valley. Tokeh 'durian pancakes' tu pulak dapat idea bila dia pergi travel kat Hongkong, terjumpa dessert durian ni kat sana. Kalau makanan berasaskan durian tu boleh ada kat Hongkong, apatah lagi kat Malaysia yang memang ada dusun durian, bolehlah diperkenalkan kat Malaysia pulak. Tokeh Sumptuous Desserts yang juga bekas peramugari tu juga ada outlet selain dari Mid Valley iaitu Sungei Wang Plaza, Ikano Centre dan Sunway Pyramid Shopping Centre.
Tapi, syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada Puan Zalina Yahaya, pemilik Bzee Bakery, dengan usaha beliau mencipta resepi ini telah membuatkan ramai bakers di luar sana mendapat 'durian runtuh' hasil dari jualan Durian Crepes. Ada yang dah dapat RM10K dalam tempoh kurang dari 15 hari, kalah bisnes MLM gamaknya.
Tapi tak kurang juga kontroversi pasal Durian Crepes ni, terutamanya gaduh pasal ada yang minta resepi dan ada yang taknak bagi resepi. Yang minta resepi mungkin sebab teruja sangat (sebab bunyinya yang 'awesome' tu), yang taknak bagi resepi pulak, alasan dah pergi kelas beratus-ratus batu, keluar modal tiga angka, takkan nak bagi resepi free je, kenalah menuntut dengan pengerasnya sekali ye.
No comments:
Post a Comment