Tuesday, October 30, 2012

Durian Crepes, Oh Durian Crepes





Lama tak ber'blog', tiba-tiba keluar posting pasal DURIAN CREPES.
Alkisahnya, pencipta resepi ni yang berada di Seremban mendapat idea dari Durian Pancakes yang ada dijual di The Gardens, Mid Valley. Tokeh 'durian pancakes' tu pulak dapat idea bila dia pergi travel kat Hongkong, terjumpa dessert durian ni kat sana. Kalau makanan berasaskan durian tu boleh ada kat Hongkong, apatah lagi kat Malaysia yang memang ada dusun durian, bolehlah diperkenalkan kat Malaysia pulak. Tokeh Sumptuous Desserts yang juga bekas peramugari tu juga ada outlet selain dari Mid Valley iaitu Sungei Wang Plaza, Ikano Centre dan Sunway Pyramid Shopping Centre.
Tapi, syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada Puan Zalina Yahaya, pemilik Bzee Bakery, dengan usaha beliau mencipta resepi ini telah membuatkan ramai bakers di luar sana mendapat 'durian runtuh' hasil dari jualan Durian Crepes.  Ada yang dah dapat RM10K dalam tempoh kurang dari 15 hari, kalah bisnes MLM gamaknya.
Tapi tak kurang juga kontroversi pasal Durian Crepes ni, terutamanya gaduh pasal ada yang minta resepi dan ada yang taknak bagi resepi. Yang minta resepi mungkin sebab teruja sangat (sebab bunyinya yang 'awesome' tu), yang taknak bagi resepi pulak, alasan dah pergi kelas beratus-ratus batu, keluar modal tiga angka, takkan nak bagi resepi free je, kenalah menuntut dengan pengerasnya sekali ye.

Friday, October 26, 2012

Makan di Little White Cafe Lagi

Sempena anniversary perkahwinan kami yang ke 16 tahun, 18 Oktober yang lalu, ajak hubby celebrate kat Little White Cafe lagi.  Sebenarnya tahun lepas lepas pergi makan sempena Mother's Day dah berazam nak datang lagi, tapi disebabkan sibuk memanjang je, dan macam-macam hal lain lagi, maka baru hari tu dapat pergi.
Konsep cafe masih sama, sepertikata owner Little White Cafe tu, macam dalam cerita Desperate Housewives, tapi setting meja & perabut lain sudah ditukar kedudukan. Tengok dalam facebook Little White Cafe, ada shooting drama Julia dibuat di sini, dan my favorite ustaz, Ustaz Don Daniyal pun dah 2 kali makan kat sini.  Berangan betul kalaulah dapat buat konsep rumah macam ni.

Favorite Waheeda, Red Velvet Cake

Apple Juice

Spaghetti Bolognese



Lasagna

Red Velvet Cake, all quality ingredients - mascarpone cheese, telur omega

Vietnam Coffee

Setting yang lain dari tahun lepas


Memang suka tengok counter yang macam ni



Monday, October 8, 2012

Tempat Favorite, Nu-In Little Perak

Dalam banyak-banyak kedai makan, tempat yang paling best kami sekeluarga suka makan ialah di Restoran Nu-in, Little Perak in Bangi.  Sebenarnya hubby yang suka sangat makan mee rebus kat sini, Mee Rebus Menara Condong, nostalgia kampungnya di Teluk Intan yang terkenal ada mee Mastan Gani.
Restoran ini 'promote' makanan-makanan popular di Perak berdasarkan tempatnya; seperti Popiah Taiping, Mee Rebus Menara Condong, Laksa Kuala, Nasi Ayam Pasir Salak, Teh Tarik Ipoh, dan lain-lain lagi.
Ada plak Jalan Jalan Cari Makan, tanya bila nak keluar TV, orang Nu-in cakap 28 Oktober




Noodles with Fishball


Fried Kue Teow, memang sedap kat sini

Popia Taiping, tak sah kalau pergi sini tak order ini..

Tuesday, September 18, 2012

Happy 8th Birthday My Twin Doter

Tak sangka dah 8 tahun umur anak kembarku, Waheeda & Shaheera.  Sebenarnya birthday diaorang ini jatuh pada bulan puasa yang lalu, 29 Julai.  Tapi dah plan nak celebrate birthday Waheeda dan Shaheera sekaligus dengan open house.  Sebenarnya plan awal nak buat pada 9 September, tapi memandangkan minggu itu dua-dua orang ni masuk Hospital Pusrawi, maka di'post-pone'lah majlis ini.
Tema birthday tahun ni, Strawberry Shortcake.  Birthday cake saya order dengan neigbour saya Hilaliyah, nama blog dia adorenchatique. Silalah order kepada sesiapa yang berkenan dengan hasil kerja dia. Dia ada buat wedding cake untuk Tomok, ada juga masuk majalah Pengantin, tak sangka selama ni cari orang buat kek jauh-jauh tapi rupa-rupanya jiran sendiri yang begitu kreatif.
Candy buffet labels semua saya suruh adik kesayangan Siti yang buat.  Tak sangka Siti ni ada bakat yang besar dalam bidang ni, lagi satu tak payah nak order jauh-jauh, adik sendiri pun berbakat.










Wednesday, May 9, 2012

Ada Apa di Bidor Station Kopitiam?

Cuti Hari Pekerja 1 Mei yang lalu, ajak suami dan anak-anak pergi makan kat Bidor Station Kopitiam kat Taman Seri Tanming, Cheras.  Selalu dalam perjalanan ke rumah dari Alam Damai ke Bandar Tun Hussein Onn, nampak signboard Bidor Station Kopitiam ni.
Nostalgia zaman kecik-kecik dulu sebab kat sini ada jual macam-macam jenis Lempeng.  Setting kedai ni macam kedai makan kat stesyen keretapi, sebab dari artikel yang dibaca kat kedai tu, kecik-kecik dulu family dia berniaga kedai makan di Stesyen Keretapi Bidor.
Antara makanan yang terdapat di sini ialah Nasi Lemak, berbagai jenis Lempeng a.k.a. Pancake, Coconut Shake, Bubur Kacang, dll.
Waheeda yang begitu teruja

 Autograf Kuswadinata, Ali Terra Rossa, Ngasri Sain, dll

Nasi Lemak

Lempeng Strawberry 
Sila pilih berbagai jenis lempeng-Lempeng Pisang, Lempeng Lemak Manis

Signboard yang selalu ada kat stesyen keretapi

White Coffee

Bubur Kacang


Pilihan kopi yang ada di sini

Bahagian depan kedai

Sunday, May 6, 2012

Happy 1st Birthday, Talia

Setelah hampir 6 bulan persiapan oleh mama Talia, my adorable niece, maka akhirnya sambutan birthday Talia selamat diadakan di rumahnya di Presint 17, Putrajaya.Tema sambutan harijadi Talia ialah Hello Kitty. Kita layan gambar-gambar ini..

ni candid, siapa le yang snap gambarku, masa tengah betulkan lilin kat kek birthday tu
Kek Hello Kitty, dari Angel Cupid Kitchen
Cake Pop
Cupcake Hello Kitty

Fancy Cookies Hello Kitty
Red Velvet, so yummy