Tuesday, September 18, 2012

Happy 8th Birthday My Twin Doter

Tak sangka dah 8 tahun umur anak kembarku, Waheeda & Shaheera.  Sebenarnya birthday diaorang ini jatuh pada bulan puasa yang lalu, 29 Julai.  Tapi dah plan nak celebrate birthday Waheeda dan Shaheera sekaligus dengan open house.  Sebenarnya plan awal nak buat pada 9 September, tapi memandangkan minggu itu dua-dua orang ni masuk Hospital Pusrawi, maka di'post-pone'lah majlis ini.
Tema birthday tahun ni, Strawberry Shortcake.  Birthday cake saya order dengan neigbour saya Hilaliyah, nama blog dia adorenchatique. Silalah order kepada sesiapa yang berkenan dengan hasil kerja dia. Dia ada buat wedding cake untuk Tomok, ada juga masuk majalah Pengantin, tak sangka selama ni cari orang buat kek jauh-jauh tapi rupa-rupanya jiran sendiri yang begitu kreatif.
Candy buffet labels semua saya suruh adik kesayangan Siti yang buat.  Tak sangka Siti ni ada bakat yang besar dalam bidang ni, lagi satu tak payah nak order jauh-jauh, adik sendiri pun berbakat.










No comments:

Post a Comment