Wednesday, October 31, 2012

JJCM TV3 @ Restoran Nu-In, Little Perak In Bangi


Hari itu masa makan kat Restoran Nu-In, nampak plak Jalan-Jalan Cari Makan TV3 kat dinding yang warna coklat itu. Tanya kat staf restoran tu, bila nak keluar TV3, dia cakap siaran pada 28 Oktober.  Maka pada hari itu tunggulah kami anak beranak depan TV nak tengok siaran yang dimaksudkan itu.  Nampak ada menu baru, Popia Platter (sebenarnya memang dah ada menu Popia kat Restoran Nu-In sebelum ni, tapi sudah di 'up-grade'), dan beberapa menu yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
Petang tu, teringat pulak nak makan situ lagi. Ramai pulak orang kat Restoran Nu-in petang tu, tunggu order pun lama jugak. Dah agak mesti sebab penangan keluar Jalan-Jalan Cari Makan siaran tengahari itu, memang iye pun staf restoran kata, hari itu memang lebih ramai dari biasa.  Lagi satu saya fikir mungkin sebab orang baru balik dari kampung selepas Hari Raya Haji maka orang pun singgah situ sebelum sampai rumah. Hinggakan staf dan 'owner' restoran pun kena minta maaf pada pelanggan-pelanggan sebab order lambat sampai.
Antara Desserts yang terdapat di sini


Continental Breakfast Menu

Sirap Bandung


Teh Tarik Ipoh, menu yang tak pernah ketinggalan setiap kali makan di sini

Fried Kuey Teow, memang sedap giler

Nasi Lemak Sambal Sotong


Hari ni cuba menu baru, Mee Rebus Istana

Roti dengan kaya

Tuesday, October 30, 2012

Durian Crepes, Oh Durian Crepes





Lama tak ber'blog', tiba-tiba keluar posting pasal DURIAN CREPES.
Alkisahnya, pencipta resepi ni yang berada di Seremban mendapat idea dari Durian Pancakes yang ada dijual di The Gardens, Mid Valley. Tokeh 'durian pancakes' tu pulak dapat idea bila dia pergi travel kat Hongkong, terjumpa dessert durian ni kat sana. Kalau makanan berasaskan durian tu boleh ada kat Hongkong, apatah lagi kat Malaysia yang memang ada dusun durian, bolehlah diperkenalkan kat Malaysia pulak. Tokeh Sumptuous Desserts yang juga bekas peramugari tu juga ada outlet selain dari Mid Valley iaitu Sungei Wang Plaza, Ikano Centre dan Sunway Pyramid Shopping Centre.
Tapi, syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada Puan Zalina Yahaya, pemilik Bzee Bakery, dengan usaha beliau mencipta resepi ini telah membuatkan ramai bakers di luar sana mendapat 'durian runtuh' hasil dari jualan Durian Crepes.  Ada yang dah dapat RM10K dalam tempoh kurang dari 15 hari, kalah bisnes MLM gamaknya.
Tapi tak kurang juga kontroversi pasal Durian Crepes ni, terutamanya gaduh pasal ada yang minta resepi dan ada yang taknak bagi resepi. Yang minta resepi mungkin sebab teruja sangat (sebab bunyinya yang 'awesome' tu), yang taknak bagi resepi pulak, alasan dah pergi kelas beratus-ratus batu, keluar modal tiga angka, takkan nak bagi resepi free je, kenalah menuntut dengan pengerasnya sekali ye.

Friday, October 26, 2012

Makan di Little White Cafe Lagi

Sempena anniversary perkahwinan kami yang ke 16 tahun, 18 Oktober yang lalu, ajak hubby celebrate kat Little White Cafe lagi.  Sebenarnya tahun lepas lepas pergi makan sempena Mother's Day dah berazam nak datang lagi, tapi disebabkan sibuk memanjang je, dan macam-macam hal lain lagi, maka baru hari tu dapat pergi.
Konsep cafe masih sama, sepertikata owner Little White Cafe tu, macam dalam cerita Desperate Housewives, tapi setting meja & perabut lain sudah ditukar kedudukan. Tengok dalam facebook Little White Cafe, ada shooting drama Julia dibuat di sini, dan my favorite ustaz, Ustaz Don Daniyal pun dah 2 kali makan kat sini.  Berangan betul kalaulah dapat buat konsep rumah macam ni.

Favorite Waheeda, Red Velvet Cake

Apple Juice

Spaghetti Bolognese



Lasagna

Red Velvet Cake, all quality ingredients - mascarpone cheese, telur omega

Vietnam Coffee

Setting yang lain dari tahun lepas


Memang suka tengok counter yang macam ni



Monday, October 8, 2012

Tempat Favorite, Nu-In Little Perak

Dalam banyak-banyak kedai makan, tempat yang paling best kami sekeluarga suka makan ialah di Restoran Nu-in, Little Perak in Bangi.  Sebenarnya hubby yang suka sangat makan mee rebus kat sini, Mee Rebus Menara Condong, nostalgia kampungnya di Teluk Intan yang terkenal ada mee Mastan Gani.
Restoran ini 'promote' makanan-makanan popular di Perak berdasarkan tempatnya; seperti Popiah Taiping, Mee Rebus Menara Condong, Laksa Kuala, Nasi Ayam Pasir Salak, Teh Tarik Ipoh, dan lain-lain lagi.
Ada plak Jalan Jalan Cari Makan, tanya bila nak keluar TV, orang Nu-in cakap 28 Oktober




Noodles with Fishball


Fried Kue Teow, memang sedap kat sini

Popia Taiping, tak sah kalau pergi sini tak order ini..