Sunday, May 8, 2011

Hadiah Mother's Day

Pada tengahari hari Jumaat 6 Mei yang lalu, masa lunch break saya dan anak-anak saya melangkah ke Sogo. Cadangnya nak cari hadiah untuk Hari Ibu dan Hari Guru.  Langkah kanan nampaknya saya hari tu, dapat hadiah dari Big Momma of Sogo.  
Tempat favorite saya di Sogo ialah Tingkat 3, bahagian Household, hubby selalu perli saya, kalau apa barang yang ada di Sogo tu mesti ada di rumah.  Mula-mula langkah tu terdengar bunyi orang tepuk tangan, ingatkan ada pertunjukan fesyen ke atau demo kat situ.  Tiba-tiba saya disapa oleh orang yang macam duta/konsulat negara Afrika, yang rupa-rupanya adalah Big Momma Sogo. Sebelum bagi hadiah tu dia tanya kenapa datang ke Sogo hari tu, saya cakap nak beli hadiah Mother's Day dan tanya lagi, bilakah Mother's Day, saya jawab 8 Mei. Masa beri hadiah tu, 3-4 orang staf Sogo pun ambil gambar dan tepuk tangan, rasa macam artis le tapi rasa malu pun ada.
Terima kasih Sogo. Gambar ni saya ambil dari facebook Sogo.
Inilah hadiah yang saya dapat, bolehlah guna untuk masak kat dapur.

No comments:

Post a Comment