Ini saya copy dari blog Ben Ashaari.
JIKA anda ingin
menikmati stimbot atau makanan cita rasa masakan ala kampung dan ikan bakar,
Restoran @ Maeps di Serdang, antara pilihan tepat yang dapat memenuhi selera.
Kepuasan menikmati
hidangan di situ membuatkan anda pasti berasa berbaloi. Restoran Taman Ekspo
Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS, MARDI) yang berhampiran Hospital Serdang
Putrajaya, UPM dan IOI Resort itu bukan saja menyajikan hidangan yang menambat
selera tetapi juga menjanjikan persekitaran selesa dan nyaman yang menenangkan
jiwa.
Jika pada waktu
siangnya, pengunjung berpeluang menatap persekitaran menghijau yang menyejukkan
pandangan mata, sebelah malam pula bolehlah menikmati bunyi-bunyian unggas,
mendamaikan perasaan. Suasana seperti itu mungkin tidak boleh dikecapi di
kebanyakan tempat menjamu selera dan itulah antara keistimewaan serta keunikan
restoran berkenaan yang juga jauh terpinggir dari hiruk pikuk ibu kota.
Bersulam dengan
keenakan hidangan tradisional dan stimbot yang mengecurkan air liur serta
persekitaran menarik, pastinya selera semakin bertambah dan tidak puas ingin
mencuba apa saja makanan berada di depan mata.
Semua hidangan enak
di restoran itu disediakan oleh Hjh Maznah Food Industry Sdn yang berpengalaman
cukup luas dalam industri makanan, termasuk sebagai pengeluar dan pengedar
makanan sejuk beku, operator kantin dan perunding makanan dan majlis makanan.
Restoran itu kini
diterajui anak pengasas syarikat itu, Firdaus Omar yang juga berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi dalam bidang penyediaan dan penyajian makanan. Malah,
Firdaus adalah bekas jurumasak berpengalaman selama 25 tahun yang pernah
berkhidmat di hotel bertaraf lima bintang sama ada di dalam dan di luar negara.
Restoran itu tiada
masalah untuk menerima kedatangan ramai pelanggan kerana keluasannya boleh
menampung sehingga 500 pelanggan pada setiap masa. Untuk kemudahan pelanggan,
tempat letak kereta percuma dan luas turut disediakan.
Pilihan tom yam dan
sup berempah yang disajikan amat berperisa dan sememangnya cukup berselera
dinikmati ketika panas. Justeru, setiap kali ingin berkunjung ke restoran itu
pastikan perut kosong supaya hidangan di depan mata boleh dimakan
sepuas-puasnya dan tidak hanya dipandang saja.
Pilihan makanan
laut yang ditawarkan juga ada pelbagai termasuk, ketam, kupang, udang, kerang
dan sotong manakala untuk bertukar selera dan melengkapkan lagi khasiat makanan
diambil pengunjung juga boleh memilih bebola ikan atau sotong, daging dan
mengambil pelbagai jenis sayur-sayuran disediakan.
Hidangan stimbot di
restoran itu boleh dinikmati bermula jam 5 petang hingga 10.30 malam , sarapan
pagi dari 7 pagi hingga 11 pagi manakala untuk makan tengahari, ia bermula dari
jam 12 tengah hari hingga 3.00 petang diikuti ala-carte western dan local dari
pukul 3 petang hingga 6 petang.
Sesuai dengan cita
rasa kampung, untuk pembuka selera disediakan ulam- ulaman seperti kerabu pucuk
paku kelapa cili, jelatah timun nanas, kerabu perut bebawang dan tidak
ketinggalan penyedap selera seperti cencaluk, sambal mangga muda, budu, kicap
cili dan pedas.
Hidangan utama pula
merangkumi, ayam masak cili api ulam pegaga, paru rendang masak pedas Pak Ali,
gulai ikan masin terung tumis darat, singgang ikan patin, solok lada, udang
sambal petai sira bawang, ikan kela muda cili Rica, daging salai lemak rebung muda,
rendang ekor sapi daun pegaga, pucuk manik lemak keledek, mee kari ipoh ,satay,
ayam kampong, burung puyuh, ikan bakar dan banyak lagi.
Pemanis mulut dan
minuman juga tidak kurang hebat seperti kacang merah, rencah jagung manis,
aneka sagu, pudding roti dan air jus kurma, sirap selasih, dan lain-lain lagi.
Katanya, dengan
persekitaran yang menarik dan cukup peribadi restoran itu juga sesuai dijadikan
lokasi untuk mengadakan pelbagai acara atau majlis seperti meraikan hari jadi,
perkahwinan, acara dan sebagainya. Untuk tempahan boleh hubungi 012 3131 091
atau themaepsrestaurant@hotmail.com
BUFFET STEAMBOAT
DENGAN 150 JENIS HIDANGAN BUFFET
PADA HARGA RM 19.90
NETT SAHAJA
BUFFET LUNCH DENGAN
70 JENIS HIDANGAN BUFFET
PADA HARGA RM 15.00
NETT SAHAJA
MINUMAN PERCUMA
- RESTORAN LUAS
YANG BOLEH MENAMPUNG 500 ORANG.
- KEMUDAHAN TEMPAT
LETAK KERETA.
- SEMUA HIDANGAN
DITANGGUNG HALAL.
- KEMUDAHAN SURAU.
Untuk sebarang
pertanyaan, pesanan dan food tasting
sila hubungi kami
di talian 012-3131091.
Kami juga mengambil
tempahan untuk kumpulan dan
untuk majlis
keramaian.
MAKANAN DISEDIAKAN
OLEH
Hjh Maznah Food
Industry Sdn Bhd
A) From Kuala
Lumpur or Seremban (Using PLUS North South Expressway)
01. Take the PLUS
North South Expressway (KL to/ from JB), then exit at Kajang Toll Plaza. (EXIT
210).
02. After Kajang
Toll Plaza, KEEP RIGHT and GO UP the flyover proceeding towards
Putrajaya/Cyberjaya.
03. Then head
towards Puchong/Serdang Hospital.
04. DO NOT turn
into Putrajaya.
05. Keep lookout
for Serdang Hospital Signboard on the LEFT.
06. Take LEFT exit
to Serdang Hospital by GOING UP the flyover.
07. Bypass Serdang
Hospital (which is on the right) and proceed straight for about 800m until reaching
the 2nd Traffic Light.
08. Turn RIGHT at
the traffic light and proceed straight for about 1km.
09. Turn LEFT at
PINTU 1 (Entrance 1) into MARDI, MAEPS.
B) From Puchong
(Starting Point opposite Puchong IOI Mall)
1. Starting Point
on LDP Expressway (Lebuhraya Damansara Puchong) with Puchong IOI Mall on the
RIGHT.
2. Drive straight
on LDP towards Putrajaya/Cyberjaya bypassing Puchong Tesco (which is on the
RIGHT).
3. Bypass Puteri
Puchong (which is on the LEFT) and take the RIGHT BEND about 800m ahead.
4. Turn LEFT
heading to Seremban/Kajang immediately AFTER the right bend.
5. Continue to
travel straight on LDP for about 5km until you reach Puchong Selatan Toll Plaza.
6. After the
Puchong Selatan Toll Plaza, continue to travel straight on LDP for about 2.5km.
7. Then exit LEFT
heading to Seremban/Kajang/IOI Resort.
8. Travel straight
on the SKVE (South Klang Valley Expressway) for about 6km heading to Kajang/Sg.
Long/Cheras.
9. DO NOT turn into
Putrajaya.
10. Lookout for
Serdang Hospital and IOI Resort Signboards on the LEFT.
11. Exit LEFT
immediately at the Serdang Hospital Signboard.
12. Proceed
straight for about 100m until reaching a Traffic Light.
13. Turn LEFT at
the traffic light and proceed straight for about 1km.
14. Turn LEFT at
PINTU 1 (Entrance 1) into MARDI, MAEPS.