Tuesday, May 24, 2011

Hari Keluarga Persatuan Penduduk PBCJ

Hujung bulan Januari yang lalu, Persatuan Penduduk di tempat saya menganjurkan Hari Keluarga di Melaka. Memang happening Hari Keluarga ni, tapi sayangnya saya tak dapat mengikuti program secara penuh kerana suami ada hal penting pada hari itu.
Semua peserta tidur di Hotel Royal Puteri Beach Resort. Mula-mula acara melawat  bandar Melaka, naik Taming Sari beramai-ramai, naik boat, makan asam pedas yang ditaja oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam. 
Malamnya ada makan BBQ, paling best sataynya yang lembut & rempah 'marinate'nya yang best (Dr. Suzana, jiran saya cakap satay tu 'the best in town'). Makanan memang sedap malam tu. Ada cabutan bertuah, semua keluarga dapat hadiah hamper, keluarga saya dapat hadiah no. 4. Ada juga nyanyian karaoke dari semua peringkat umur.
Keesokan harinya ada Sukaneka, yang sepatutnya dibuat di tepi pantai, tapi diubah di dalam dewan.  Semua acara ada, untuk kanak-kanak, dewasa lelaki dan wanita.
Lepas tu semua terjun dalam kolam, yang paling 'excited' bapak budak, budak-budak apa lagi.
Balik tu ada yang beli ikan segar & makanan laut yang lain yang baru naik dari laut berdekatan dengan hotel penginapan kami.
Di lobi hotel sebelum ke pantai untuk BBQ
Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk, Datuk Mustafa Yasin.  Yang sedang menyanyi tu driver Mr. David Teo (Metrowealth) sedang nyanyi lagu 'Jangan Pisahkan' dengan isterinya.
 Waheeda & Shaheera jumpa kawan lama.

Friday, May 20, 2011

Koleksi Elyza

Saya bukannya banyak duit, juga bukan anak orang kaya, yang sentiasa mempunyai pendapatan yang tinggi. Tapi mempunyai citarasa yang tinggi (chewah!), bak kata beberapa orang teman dan tetamu yang pernah datang ke rumah. 
Minat saya terhadap kain Elyza memang mendalam, kalau boleh semua nak di "Elyza"kan. Tapi ini sajalah yang mampu dulu setakat ini. Memandangkan sekarang ini ekonomi Malaysia tak memberangsangkan, 'stop' dulu minat ini. Tapi semua koleksi kain Elyza ni semuanya dah lebih 2 tahun, ada yang sudah lebih 5 tahun, tapi kualiti masih OK lagi, memang alah membeli & menang memakai.
Saya tempah sikit-sikit, bila ada duit baru tempah, tidak sekaligus, contohnya mula-mula buat badan dulu (night curtain), lepas tu bahagian atas (valance), lepas tu sheer (day curtain). Itulah cara saya orang yang tak berapa kaya ni, tapi kalau banyak duit tu bolehlah buat sekaligus satu set atau satu rumah, lagi jimat.
warna ungu dari koleksi Country Rose di ruang tamu
 warna light purple, tingkap Roman Blind & sheer Austrian Blind.
'bench' yang telah dibalut dengan fabrik Elyza, asalnya fabrik lain. 
 Kat dapur, Box Pleat (cum apa tah, dah tak ingat)
 Roman Blind warna hijau
Di ruang family hall, sofa lama yang telah di'upholsteri' dengan warna hijau corak kotak-kotak. 
Fabrik Elyza yang mula-mula sekali saya tempah, so far OK lagi, ada 'faded' sikit je, sebab selalu kena cahaya matahari.
Tapi maaf, saya bukannya ejen Elyza, tak dapat komisen pun kalau saya promote Elyza. Tapi kawan-kawan saya ada yang dealer Elyza & ada yang buka kedai langsir. Saya cuma nak berkongsi ilmu & minat kalau ada sahabat-sahabat blogger yang minat dengan koleksi kain Elyza.

Friday, May 13, 2011

POWER! Tips-Tips Pengurusan Wang Ringgit Anda

Baru-baru ini saya telah mengikuti program POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda anjuran bersama Bank Negara Malaysia dan AKPK.  Program ini memang bagus, semua orang patut pergi sebenarnya.  Banyak fakta menarik yang baru saya ketahui dan beberapa tips telah saya perolehi antaranya:
1.  Simpanan 10%
Pastikan 10% daripada pendapatan diperuntukkan untuk simpanan.


2.  3 jenis perbelanjaan; tetap, berubah-ubah & budi bicara
- Perbelanjaan tetap - perbelanjaan keprluan hidup, contohnya pinjaman perumahan & sewa beli, sewa rumah, upah bayaran pengasuh anak dll.
- Perbelanjaan berubah-ubah - perbelanjaan untuk keperluan hidup contohnya makanan, pakaian, bil utiliti dll.
- Perbelanjaan budi bicara - bukan perbelanjaan keperluan hidup contohnya pakaian berjenama/mahal, penyaman udara, langganan TV satelit dll.


3.   Keperluan vs Kehendak
Kita perlu bezakan antara keperluan dan kehendak. Kena sabar dengan kehendak kita. Pedulikan cakap-cakap orang di sekeliling kita apabila kita mengutamakan keperluan dari kehendak.


4.  Nisbah hutang 40%
     Hadkan nisbah hutang kepada pendapatan tidak melebihi 40%.


5.  Guna Kad Kredit secara bijak
i.   Jadikan sebagai kad caj, bukannya kad hutang, 20-50 hari tanpa faedah.
ii.  Bayar penuh lagi jimat faedah.
iii. Bayar tiap-tiap bulan lagi jimat, 13.5% p.a.
iv. Elakkan 'cash advance', caj tambahan 3-5%, dikira dari tarikh wang tunai diambil
v.  Kad kredit boleh juga diguna untuk dapat modal bisnes


6.  Pembelian kereta
i.   Beli kereta yang ada nilai 'trade-in' contohnya Toyota, Waja, Honda
ii.  Selain dari ansuran kereta fikirkan juga kos petrol, parkir, servis
     
7.  Pembelian rumah
i.  Cari lokasi yang strategik, supaya ada 'value' bila dijual atau disewakan
ii. Pemaju yang ada track record yang bagus, kalau tidak rumah terbengkalai, jadi bebanan hutang


Banyak lagi sebenarnya yang menarik tentang program ini. Sebenarnya masa tak cukup, mungkin kena tambah 1 jam lagi baru boleh dapat semua info yang ada dalam slide.  Penyampainya Encik Mohd Adnan Anan Abdullah pandai mengolah cerita-cerita sebenar yang kebanyakannya mendapatkan khidmat dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).  Ada juga cerita-cerita yang berkait dengan diri kita sendiri (saya sebenarnya), contohnya beli barang tapi tak pakai, pakai sekali terus simpan dalam almari.

Program POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda

Beberapa hari yang lalu, saya berpeluang mengikuti program "POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda" anjuran bersama AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) dan Bank Negara Malaysia. Penceramahnya ialah Encik Mohd Adnan Anan Abdullah, yang dari awal hingga ke akhir program, tak kering gusi kami mendengar celotehnya. Walaupun sasarannya adalah golongan muda yang belum membuat hutang, tapi isinya memang berguna untuk semua peringkat umur termasuklah umur yang macam saya. Kalaulah dari dulu lagi saya dah dengar ceramah ni, mungkin sekarang ini saya dah boleh kumpul banyak duit dan beban hutang pun kurang. 

Wednesday, May 11, 2011

@Little White Cafe

Hujung minggu lepas, sempena menyambut Hari Ibu, saya mengajak suami dan anak-anak pergi menjenguk kat Little White Cafe di Seksyen 9, Bangi. Kalau nak tahu lokasi bangunan ini ialah di belakang Kompleks PKNS Bangi dan lokasi kedai ialah sederet dengan HPA Cawangan Bangi dan Restoran Wong Solo.
Mula-mula melangkah kedai ini disambut dengan jemputan mesra oleh 'waiter' & waitress' Little White Cafe. Bak kata pemilik kedai yang menyatakan kita kena 'create ambience first', memang benar, kerana saya rasa seperti melangkah ke kafe di 'oversea'. Pemiliknya berkata, rata-rata pelanggan yang masuk ke kafe ini berasa selesa dan inginkan suasana yang sebegitu di rumah sendiri. Para pelancong dari negara barat merasakan seperti berada di negara mereka sendiri, contohnya pelancong dari US berkata, kafe ini berkonsep American, manakala pelancong dari Belgium pula berkata kafe ini seperti di Belgium. Tapi yang nyata konsepnya bukan English seperti yang mula-mula saya sangkakan bila melihat dan mengetahui mengenai kafe ini.
Anak-anak dan suami saya pun rasa selesa, makanan pun sedap, cuma tak tahan harganya (kalau boleh turunkan harga lagi best). Mungkin kafe ini berkonsep 'western food', yang masuk kafe ini pastinya 'mat saleh' pastinya menganggap harganya adalah 'reasonable'. Apa-apa pun saya akan pergi sekali lagi ke kafe ini untuk 'fine dining' pula. Hari itu 'a bit rushing' sebab almaklumlah hari Ahad petang, nak prepare sebab esoknya anak-anak ke sekolah dan waktu pun hampir Maghrib.
Waheeda di kaunter depan Little White Cafe. Belakang kaunter ada menu makanan yang terdapat di kafe ini. Shaheera paling tertarik dengan menu 'Strawberry Shortcake' yang terdapat pada papan ini. Saya pula tertarik dengan belakang kaunter yang ada  botol-botol dan 'hanging shelf' tu. 
Sebenarnya kafe ini menurut pemiliknya Puan Faizah Zainal (juga pemilik fzld), adalah showroom untuk pelanggannya. fzld  adalah 'lifestyle designer' (bukannya 'interior designer'), so beliau design sesuatu rumah atau premis mengikut 'lifestyle' kita. 
Begitu selesanya Waheeda macam di rumah sendiri. Shaheera sedang menjenguk apa yang ada di dalam 'showcase' kek. Saya pula tertarik dengan skema warna yang digunakan. Ku sangkakakan konsep English (sebab warna putih & hijau), tapi sebenarnya ini American. Saya sangat suka pintu & tingkap yang berwarna hijau itu. Suka juga tengok panel 'louvres' yang ada di atas tingkap. Pemiliknya juga berkata, konsep deko ini macam dalam cerita 'Desperate Housewives'.


Akhir sekali bergambar di bahagian depan kafe ini, yang suasana dan latarbelakangnya macam di luarnegara.


Saya bercadang akan berkunjung sekali lagi ke kafe ini, mungkin untuk sambut 'Father's Day' ke, atau my twin's birthday ke atau sambut Mother's Day tahun depan, memandangkan Mother's Day tahun ini sudah pun berlalu.
Sekian untuk kali ini. Bye!

Tuesday, May 10, 2011

Jumpa Cikgu Shida @ Pesta Buku 2011

Alkisahnya pada 30 April 2011 yang lalu, saya bercadang nak tengok demo kek cawan oleh Lynn Hassan.  Dia tulis dalam Wall FB, nak buat demonstrasi kek cawan antara pukul 3 - 4 petang.  Keluar rumah pun dah lambat, sebab pagi tu tengok perkahwinan Putera William dan Kate kat TV, cadangnya nak berehat di rumah saja pada hari itu.  Tapi anak saya Shaheera pun sibuk cakap, cikgu dia suruh pergi Pesta Buku di PWTC.
Memang dah agak jalan pun 'jamned' luarbiasa sampai PWTC, cari booth Karangkraf pun punyalah lama, puas tanya 'exhibitor' dan sekretariat kat situ. Malangnya demo kek dah habis, tapi ada pengumuman Cikgu Shida akan datang buat persembahan.  Pengacara majlis menyatakan, 'youtube' Cikgu Shida yang buat miming lagu dah mencecah 1.5 juta, silap-silap katanya Putera William pun dah tengok video dia tu.  Tak sangka rupa-rupanya Cikgu Shida mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri. Mana taknya, Cikgu Shida dah keluar dalam rancangan Apa Saje FBI dan jadi jemputan Dato' Siti Nurhaliza di TV.
Cikgu Shida tunjuk bakat sebenar depan 'public'.

 Cikgu Shida diberi penghormatan untuk sama-sama menyambut ulangtahun Karangkraf.
Sempat juga bergambar dengan Cikgu Shida.
Kalau nak tau lebih lanjut pasal Cikgu Shida, boleh rujuk cikgushida.
Memandangkan takde buat bajet untuk membeli-belah di Pesta Buku kali ni, maka saya membeli yang sekadarnya sahaja. Sebenarnya teringin juga nak membeli majalah-majalah lama Karangkraf, tapi yang kat rumah pun dah takde tempat, maka dilupakan saja niat itu.
Sekian untuk kali ini. Bye! 

Monday, May 9, 2011

Demam Macaroon

Sekarang ni kat Malaysia sedang dilanda demam Macaroon. Rata-rata di sana-sini ramai yang bercerita tentang Macaroon, sebenarnya ada yang tak suka pasal rasanya yang manis semacam tu. Kalau orang ada penyakit kencing manis, baiklah jauhkan diri dari Macaroon ni.  
Bagi saya pula, memang suka Macaroon, tak kira le orang cakap macam mana rasa dan akibatnya. Cuma tak tahan harganya, kalau ikutkan rupanya macam biskut yang color-maler je. Mungkin sebab proses pembuatannya yang agak leceh tu menyebabkan harganya yang macam tu. Dan asalnya ini adalah cookies dari Perancis, kat sana jual kat butik, yang menaikkan lagi taraf cookies ni.
Mula-mula dengar cerita dari kawan-kawan dan seangkatan dengannya yang pernah belajar buat Macs ni, katanya kena tengok cuaca, pukul 11 pagi le, pakai termometer le. Tapi saya pernah pergi kursus ni, rupa-rupanya ada cara yang senang sikit yang tak payah pakai khidmat ramalan kajicuaca. Cuma masih ada banyak pantangnya supaya Macs ni keluar kaki & tak merekah.

Maaf saya ambil gambar Macs ni dari blog Miss Chip ni. 
Nanti saya post gambar yang saya pergi kelas Macs ni pulak. Saya suka Macaroon yang berwarna-warni ni sebab bagi aura dan terapi pada saya.