Tuesday, November 13, 2012

Makan @ Killiney Kopitiam

Selepas penat berjalan-jalan dalam Aquaria KLCC, di luar Aquaria terdapat restoran kopitiam Killiney Kopitiam.  Sudah lama tengok dalam majalah dan TV pasal Killiney Kopitiam, bila nampak je, terus ajak orang-orang yang kelaparan dan kepenatan makan di sini.  Verdict??? masih lagi teringat dapur kedua kami di Bangi, yang sedap dan menu yang banyak lagi dari di sini. 
Pekerja-pekerja di sini terdiri daripada beberapa bangsa dan latarbelakang?!!! seperti Nepal, Bangladesh, Indon, Maknyah pun ade.  Asal Killiney Kopitiam ni dari Singapura, so menu-menu yang terdapat di sini memang menu Singapura seperti Laksa, Otak-Otak dll.  Tapi setahu saya, bos besar Killiney Kopitiam di Malaysia ni, orang Melayu,, Datuk something, tak ingat nama, ada keluar TV, sponsor rancangan Sahur (atau sewaktu dengannya) masa bulan Ramadhan hari tu. 


Pilih menu

Bermula dari tahun 1919


Teh Tarik

Otak-Otak versi Singapura

Laksa Singapura






Monday, November 12, 2012

Cuti Sekolah di Aquaria KLCC

Sudah lama permintaan Waheeda dan Shaheera nak pergi Aquaria di KLCC, rasanya dari cuti sekolah tahun lepas lagi.  Tapi nampaknya cuti sekolah hujung tahun 2012 baru dapat terlaksana impian mereka berdua ini.  Mereka asyik teringatkan pergi Aquaria ini masa dibawa oleh cikgu sekolah tadika dulu masa umur 5 atau 6 tahun. Bukannya apa, Mami dan Ayah takde masa terluang yang lama nak berjalan-jalan dalam Aquaria itu.
Tiket masuk adalah RM35 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun adalah RM25. Sepatutnya jumlah kami anak beranak adalah RM120, tapi nasib baik ada pakej RM99 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, dapat diskaun RM21. 




















Monday, November 5, 2012

Majlis Anugerah Cemerlang & Ihtifal SKSHAS 2012

Tengahari awal minggu lepas, masa melawat anak dan bagi makan tengahari di sekolah anak, Shaheera tunjuk surat dia dapat tempat pertama sekolah KAFA. Terkejut mami, sebab tak pernah tengok Shaheera baca buku pun.  Tapi itu sekolah KAFA, harapan mami nanti Shaheera dapat tempat pertama sekolah kebangsaan pula pada tahun-tahun hadapan. Teringat mami masa sekolah rendah dulu, tiap-tiap tahun naik pentas dapat hadiah. Takpe anak-anakku, semoga tahun-tahun hadapan ada harapan naik pentas.


Tempat Pertama 2 Siddiq

Mata Pelajaran Terbaik Akhlak

Ucapan oleh Guru Besar SKSHAS, Puan Sarimah Ahmad


Ucapan oleh Yang Di Pertua PIBG SKSHAS


Nasyid

Shaheera atas pentas



Tokoh Pelajar

Koir